Kanak-Kanak Hilang Yang Dihebahkan Menerusi Video AS Roma, Berjaya Dijumpai

Ingat lagi tak anda dengan usahasama AS Roma dengan bekerjasama dengan pertubuhan kebajikan – National Center for Missing & Exploited Childrens. Satu organisasi yang menjejak kanak-kanak hilang atas pelbagai sebab termasuk yang menjadi mangsa pemerdagangan dan eksploitasi.

Pada awal pra musim 2019/20, AS Roma telah memutuskan bahawa setiap video pengumuman pemain baharu mereka akan diletakkan iklan khidmat masyarakat untuk mencari kanak-kanak hilang.

Ianya telah mendapat respon yang sangat positif dan pujian daripada ramai pihak.

AS Roma menggunakan kuasa viral pengumuman pemain untuk membantu kempen tersebut. Dalam jendela perpindahan, peminat akan mengikuti dengan dekat perpindahan pemain terutama sekali pengumuman rasmi.

Semalam, AS Roma mengesahkan bahawa, salah seorang kanak-kanak yang dihebahkan menerusi video media sosial mereka telah berjaya ditemui. AS Roma berbangga kerana menjadi sebahagian daripada organisasi yang membantu dalam usaha itu.

Roma mengumumkan kanak-kanak dalam video perpindahan pemain yang mereka muat naik 6 hari lalu telah ditemui. Ketika itu Roma mengumumkan pemain baharu, Mert Cetin.

Tahniah AS Roma kerana usaha anda dalam membantu menjejak mangsa yang tidak berdosa. Walaupun, bagi sesetengah orang, AS Roma hanya sekadar menghebahkan sahaja, dan bukannya mencari. Tetapi pada pandangan kami, sumbangan mereka besar.

AS Roma kelab besar di Itali dan Eropah. Mereka membantu memberikan kesedaran dengan cara tersendiri. Ini juga bukti bahawa, bola sepak adalah sebahagian daripada masyarakat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN