Kalah Berturut-Turut, Real Madrid Mula Hubungi Mauricio Pochettino

Prestasi yang tidak baik kebelakangan ini yang ditunjukkan oleh Real Madrid membuatkan sedikit sebanyak pengurusan tertinggi kelab mahu mencari jalan penyelesaian.

Kekalalahan dalam aksi La Liga di tangan Cadiz serta Shaktar Donestk pada saingan Eropah membuatkan pengurusan Zinedine Zidane menjadi persoalan.

Menurut laporan di Sepanyol, Real Madrid sudah mula mencari-cari pengganti beliau dengan mantan pengurus Tottenham Hotspur iaitu Mauricio Pochettino kini sedang diburu mereka.

Pihak Real Madrid dikatakan sudah mula menghubungi Pochettino untuk potensi menggantikan Zidane sekiranya pengurus itu tidak lagi mengemudi juara bertahan La Liga itu.

Real Madrid dikhabarkan telah mula melakukan perancangan awal sekiranya Zidane benar-benar meninggalkan kelab bersama Pochettino yang kini belum lagi menerima sebarang jawatan selepas dipecat Tottenham Hotspur.

Kedudukan Zidane barangkali boleh dianggap selamat buat masa ini, namun jika mereka merakamkan kekalahan ketiga berturut-turut dalam semua kejohanan di tangan Barcelona minggu ini – masa depan beliau mungkin menjadi tanda tanya.

Namun pengurus itu boleh menarik nafas lega apabila pemain utama, Sergio Ramos dikhabarkan sudah mula cergas dan boleh diturunkan untuk aksi El Clasico.

Kelibat Ramos di bahagian pertahanan Real Madrid cukup penting kerana ketiadaan beliau pada aksi Eropah tempoh hari jelas sekali membuatkan mereka terdedah dengan bahaya.

Hasilnya, mereka bolos tiga gol di separuh masa pertama di tangan wakil Ukraine itu.

Real Madrid turut kehilangan beberapa pemain lain seperti Eden Hazard, Martin Odergaard dan Dani Carvajal.

Baca juga artikel kami mengenai Mauricio Pochettino:

Pelik Kalau Pochettino Jadi Jurulatih Barcelona, Tapi Tak Mustahil

Tawaran Gaji Lumayan RM102 Juta Setahun Buat Pochettino

Berbatov: Newcastle United Perlukan Pochettino Bagi Tarik Bintang Dunia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN