Kaka: Saya Pilih Lionel Messi Tetapi Cristiano Ronaldo…

Kaka

Legenda bola sepak dunia, Kaka tanpa berselindung memilih Lionel Messi sebagai pemain terbaik berbanding Cristiano Ronaldo ketika beliau diminta untuk membuat pilihan terhadap kedua-dua pemain terbabit.

Pilihan tersebut perlu dibuat oleh pemilik nama sebenar Ricardo Izecson dos Santos Leite itu dalam satu sesi soal jawab (Q&A) yang disiarkan siaran langsung di saluran Instagram milik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Meskipun pernah beraksi bersama-sama Cristiano Ronaldo pada tahun 2009 hingga 2013, Kaka tidak melihat itu sebagai perkara yang mempengaruhi keputusannya.

Mengulas mengenai kedua-dua pemain terhebat dunia itu, beliau turut menjelaskan perkara hebat yang turut dimiliki oleh bekas rakan sepasukannya di Real Madrid itu.

”Saya pernah bermain bersama Cristiano dan dia sangat menakjubkan, tetapi saya lebih memilih Messi.”

”Dia [Lionel Messi] seorang yang genius, mempunyai bakat semulajadi. Bagaimana cara dia bermain adalah luar biasa,” jelasnya bercakap kepada para peminat.

”Cristiano adalah mesin. Bukan hanya kerana dia kuat dan pantas. Mental dia juga sangat kuat. Dia sentiasa mahu menang dan beraksi. Untuk menjadi yang terbaik. Pada saya, itu adalah sesuatu yang luar biasa dimilikinya.”

”Dalam sejarah sukan, mereka [Messi dan Ronaldo] pasti akan berada dalam kedudukan lima terbaik. Kita semua amat bertuah kerana dapat menyaksikan kelibat kedua-dua mereka ini,” ujar ujar bekas pemain yang kini berusia 37 tahun itu menurut laporan Goal.

Kredit foto: Victor Carretero/Real Madrid via Getty Images

Baca artikel lain mengenai Kaka di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN