Kaka Sifatkan Coutinho Pemain Lebih Berpengaruh Berbanding Neymar Di Piala Dunia

Siapakah pemain paling penting buat Brazil di Piala Dunia 2018 kali ini?

Adakah Neymar? Philippe Coutinho? Atau Thiago Silva?

Bagi majoriti peminat, Neymar merupakan pemain utama bagi skuad Brazil di Rusia pada kali ini.

Namun bagi legenda Brazil iaitu Kaka, beliau berasakan Coutinho merupakan pemain utama bagi skuad Brazil pada kejohanan kali ini.

Bagi Kaka, pemain Barcelona itu telah menunjukkan kredibiliti beliau dalam skuad Brazil dalam saingan peringkat kumpulan yang cukup sukar bagi mereka.

“Saingan dalam kumpulan ini cukup sukar, dan saya nampak Coutinho adalah protagonis dan pemain paling berpengaruh buat Brazil dalam Piala Dunia kali ini.”

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JUNE 22: Philippe Coutinho of Brazil celebrates after scoring his team’s first goal during the 2018 FIFA World Cup Russia group E match between Brazil and Costa Rica at Saint Petersburg Stadium on June 22, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Buda Mendes/Getty Images)

Walaupun begitu, Kaka tidak menidakkan pengaruh Neymar dalam skuad Brazil dan beliau mahu pemain itu dilindugi dengan lebih lagi ketika beraksi.

“Neymar adalah pemain terhandal dalam skuad Brazil kali ini. Saya rasa Tite telah melakukan tugas yang baik dalam mengawal Neymar dan memastikan beliau selesa dalam pasukan.”

“Saya lihat Neymar meningkat dari perlawanan ke perlawanan, dan saya rasa Brazil perlu melindungi beliau.”

SAINT PETERSBURG, RUSSIA – JUNE 22: Keylor Navas of Costa Rica makes a save on Neymar Jr of Brazil during the 2018 FIFA World Cup Russia group E match between Brazil and Costa Rica at Saint Petersburg Stadium on June 22, 2018 in Saint Petersburg, Russia. (Photo by Julian Finney/Getty Images)

“Brazil perlu beri dorongan dari segi emosi kepada beliau dan tunggu sahaja. Kerana beliau akan mencapai potensi maksima ketika beraksi di padang tidak kira macam mana keadaan fizikal beliau sekali pun.”

Brazil masih belum sah mara ke pusingan seterusnya selepas hanya mengutip 4 mata dari 2 perlawanan sahaja.

Mereka akan bertemu Serbia dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN