Kaka: “Modric Buatkan Bola Sepak Itu Nampak Mudah Bagi Dirinya”

Pada edisi 2018 untuk Piala Dunia, Croatia telah banyak memberikan kejutan dalam kejohanan ini.

Mereka telah mengatasi pelbagai ramalan untuk mara ke perlawanan akhir.

Walaupun tewas dan menjadi naib juara, namun persembahan mereka sememangnya berhak untuk diberikan pujian oleh semua pihak.

Malah, persembahan dari kapten Croatia sendiri iaitu Luka Modric sememangnya menarik perhatian ramai pihak.

Ia juga menarik perhatian bekas pemain Brazil iaitu Kaka.

Kaka jelas terhibur dengan persembahan cemerlang Modric di Piala Dunia 2018 sehingga beliau berasakan bola sepak itu terlalu mudah bagi Modric.

“Modric sudah tunjukkan kepada kita semua yang sebenarnya ianya mudah untuk bermain bola sepak.”

“Percayalah kata saya, sebenarnya ianya sukar untuk bermain bola sepak.”

MOSCOW, RUSSIA – JULY 15: Antoine Griezmann of France challenges Luka Modric of Croatia during the 2018 FIFA World Cup Final between France and Croatia at Luzhniki Stadium on July 15, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Modric dianugerahkan dengan gelaran Bola Emas FIFA selepas dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan yang berlangsung di Rusia.

Bagi Kaka, kejohanan Piala Dunia ini seperti tiada apa bagi Modric. Ia cumalah satu gerak tarian yang mudah bagi pemain tengah itu.

“Untuk bermain di Piala Dunia adalah satu tahap sukar yang lain. Modric bermain seperti biasa, ianya seperti tarian sahaja untuk beliau.”

Bagi Kaka, Modric berhak menerima segala penghargaan yang beliau terima di atas apa yang beliau lakukan.

“Ia sesuatu yang baik dan beliau berhak untuk menerima semua itu kerana beliau adalah seorang individu yang baik dan selalu merendah diri.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN