Kaka: “Selain Kecederaan, Masalah Saya Di Real Madrid Ialah Jose Mourinho”

Ramai yang mengetahui di mana karier Kaka bersama-sama Real Madrid tidak menjadi seperti yang diharapkan.

Malah, hal itu diakui oleh pemain itu sendiri apabila beliau mengatakan terdapat 2 sebab mengapa Kaka mengharungi detik sukar ketika menjadi pemain Real Madrid.

Menurut laporan MARCA, bekas pemenang Ballon d’Or itu mengatakan kecederaan yang dialaminya membuatkan prestasi beliau terbantut.

Sambil itu, kehadiran bekas pengurus iaitu Jose Mourinho turut menjadi punca mengapa beliau gagal di Sepanyol.

“Saya mengalami kecederaan pinggul dan kemudiannya terpaksa melalui pembedahan.”

“Saya terpaksa berehat selama 6 bulan dan selepas saya sembuh, Jose Mourinho pula datang.”

LOS ANGELES, CA – JULY 13: Real Madrid coach Jose Mourinho speaks with forward Kaka #8 during a training session on the campus of UCLA on July 13, 2011 in Los Angeles, California. Real Madrid will play their next friendly soccer match against the Los Angeles Galaxy on Saturday. (Photo by Kevork Djansezian/Getty Images)

Kaka mengatakan yang beliau telah melakukan pelbagai perkara untuk memastikan bekas pengurus itu yakin dengan dirinya. Namun begitu, semuanya tidak menjadi seperti yang diharapkan.

“Saya habiskan 3 tahun semata-mata untuk yakinkan Mourinho terhadap diri saya supaya dapat lebih banyak peluang.”

“Namun begitu, itu semua adalah pilihannya dan ianya diluar kawalan saya.”

Kaka kemudiannya terpaksa ‘angkat kaki’ dari Real Madrid ketika Carlo Ancelotti menjadi pengurus.

Hal ini kerana pada waktu itu, Florentio Perez yang merupakan presiden kelab mahukan skuad yang berwajah baharu.

Jadi Ancelotti terpaksa membuang beberapa pemain dan Kaka antara pemain yang tiada dalam perancangan pengurus itu.

“Saya katakan pada Carlo Ancelotti yang saya ingin beraksi supaya saya dapat dipilih ke skuad Brazil untuk Piala Dunia. Dan jalan terbaik untuk diri saya adalah dengan pergi tinggalkan Real Madrid.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram