Jadual UCL Dan Ujian Bertembung, Kai Havertz Terpaksa Lupakan Bola Dahulu

Bintang muda berusia 17 tahun yang juga dipanggil wonderkid Bayer Leverkusen iaitu Kai Havertz terpaksa tidak ‘bermain bola’ kerana ada ujian.

Secara kebetulan, jadual ujian Havertz telah bertembung dengan jadual UCL.

Ini membuatkan pemain muda ini terpaksa meminta pelepasan kelab untuk tidak menyertai skuad yang akan berhadapan dengan Atletico pada awal pagi esok.

Dalam perlawanan pertama, Atletico telah menang 2-4 di Bayer Arena. Havertz turut terlibat di dalam perlawanan tersebut.

Ia telah menjadikan beliau sebagai pemain termuda dalam sejarah kelab Bayer Leverkusen untuk bermain dalam UCL.

Beliau terpaksa mengorbankan aksi penting UCL kali ini. Ianya sudah dinyatakan ketika menandatangani kontrak bahawa isu sekolah akan diberikan keutamaan sekiranya bertembung dengan tuntutan bola sepak.

Musim lalu, Kai Havertz turut banyak terlepas aksi dalam pasukan remaja kerana isu persekolahan seperti ujian.

Kai Havertz berharap dia dan Leverkusen masing-masing dapat lulus ujian pada hari ini.

Ujian Leverkusen pasttinya jauh lebih sukar. In kerana mereka ketinggalan dengan 2-4 serta pihak lawan sudah ada 4 jaringan di tempat lawan.

Bukan mudah untuk menembusi benteng pertahanan Atletico terutama sekali di stadium keramat mereka.

Selain itu, Bayer Leverkusen juga kehilangan ramai tonggak utama dalam perlawanan ini nanti. Ini termasuk Omer Toprak, Jonathan Tah, Stefan Kiessling dan Lars Bender yang tercedera.

Manakala Havertz ada ujian dan Benjamin Henrichs pula digantung perlawanan.

Beberapa jam tadi, akaun facebook rasmi Bayer Leverkusen sempat mengusik Kai.

Selamat menempuh ujian kepada Kai Havertz dan Bayer Leverkusen.

Baca juga: FAP Bakal Adakan Mesyuarat, Tentukan Nasib Ketua Jurulatih Ashley Westwood

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN