KAFA Uji Pengendali Dari Thailand Selepas Rehatkan Zahasmi Ismail

Ketiadaan Ketua Jurulatih Zahasmi Ismail tidak akan merencatkan persiapan skuad The Red Warriors (TRW) untuk melakukan perhitungan dengan Melaka United pada 28 Oktober depan, berikutan keputusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) merehatkan pengendali berkenaan.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias berkata skuad TRW kini berada di bawah kendalian penolong ketua jurulatih daripada Thailand, Santhit Bensoh.

Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Buat masa ini Bibi percaya skuad TRW tidak berada di dalam keadaan tertekan walaupun akan mengharungi perlawanan terakhir Liga Super 2017 bertemu Melaka United, yang juga merupakan perlawanan untuk menentukan nasib mereka di Liga Super pada musim hadapan.

Di dalam rangka persiapan terakhir, Kelantan FA telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan, yang juga dijadikan kayu pengukur kepada keupayaan Santhit Bensoh.

Bibi dipetik sebagai berkata kepada wartawan New Strait Times:

“Keputusan merehatkan Zahasmi bukan isu di dalam pasukan. TRW kini dikendalikan oleh penolong beliau, Santhit, yang bukan lagi watak asing di kalangan pemain. Malah saya percaya Santhit arif dengan cara bekerja di TRW.”

“Sebagai tambahan persiapan, TRW akan mengadakan perlawanan persahabatan termasuk perlawanan menentang Terengganu (malam tadi) untuk menguji keupayaan jurulatih.”

Kredit: TRWFC, Facebook.

Kelantan ditewaskan oleh Terengganu dengan jaringan 3-2 dalam perlawanan persahabatan yang diadakan di Kota Bahru.

Bibi Ramjani turut menegaskan bahawa keputusan untuk merehatkan Zahasmi adalah hasil perbincangan dengan ahli exco dan bukan keputusan peribadi daripada beliau.

“Perkara sebenarnya ialah Zahasmi sendiri yang memohon kepada kami untuk direhatkan. Maka pihak pengurusan KAFA terpaksa berbincang terlebih dahulu sebelum kami datang dengan keputusan ini.”

“Kontrak Zahasmi akan tamat pada akhir November akan datang. Keputusan untuk mengekalkan atau tidak Zahasmi bersama TRW pada musim hadapan juga belum diputuskan.

Kredit: Utusan Malaysia

Berkenaan status permohonan pendaftaran dan perlesenan kelab oleh FAM, Bibi Ramjani mengesahkan bahawa segala borang dan dokumen berkenaan telah dihantar kepada pihak berkenaan untuk tujuan semakan.

Keputusan untuk mendapatkan perlesenan kelab dijangka akan diumumkan pada 30hb Oktober hadapan.

“KAFA telah memenuhi segala permintaan dan terma yang ditetapkan oleh FAM. Kini kita hanya boleh menunggu keputusan daripada badan induk itu, ” ujar Ramjani.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN