Popov Tembak KAFA Kerana Culas Bayar Hutang Dan Tidak Takut Ditolak Mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

Velizar Popov menembak pengurusan KAFA sekali lagi di dalam akaun twitter rasmi beliau.

Sebelum ini bekas pengendali Kelantan itu menagih gaji 2 bulan terakhir beliau di Kelantan yang masih belum dibayar oleh KAFA.

Ianya selepas Popov membalas kenyataan McKain yang melabel KAFA sebagai penipu ketika KAFA mengumumkan sudah membayar tunggakan gaji.

Beberapa minggu yang lalu, FAM telah mengumumkan semua pasukan Liga Super dan Liga Premier telah menerima wang mereka.

Presiden FAM sebelum itu memberikan peringatan agar semua pasukan membayar hutang mereka secepat mungkin. Ini termasuk tunggakan gaji dan jurulatih.

Jika tidak, pasukan yang masih bermasalah dengan tunggakan gaji ini berhadapan dengan tindakan pemotongan mata.

Tan Sri Annuar Musa, bekas Presiden KAFA pula membidas kenyataan FAM ini dan menganggap ia terlalu drastik sambil menyalahkan FMLLP sebagai punca masalah ini.

Popov nyata kecewa apabila mendenar KAFA bercadang untuk melaburkan duit untuk pemain import yang baharu sedangkan gaji bekas pemain dan jurulatih.

Dalam status beliau di twitter, Popov merasakan tindakan KAFA itu sukar diterima.

Beliau juga merasakan KAFA sepatutnya mengutamakan isu untuk mengelak dipotong mata dan juga membayar gaji pemain dan jurulatih yang masih tertunggak berbanding dengan perkara lain.

Popov juga menyatakan beliau sangat komited ketika menjadi jurulatih Kelantan. Namun kini sumbangan beliau seakan-akan tidak dipandang oleh KAFA. Popov mahu menuntut wang yang juga hak beliau.

FMLLP dan FAM buat masa ini masih belum mengumumkan apa-apa tindakan susulan daripada kenyataan mereka minggu lalu yang mahu memotong mata beberapa pasukan.

Ini kerana mereka gagal menjelaskan hutang gaji pemain dan jurulatih.

Baca juga: McKain Tweet Isu Gaji, Velizar Popov Antara Mangsa Yang Terkejut Kenyataan ‘Plastik’ KAFA