KAFA Kecewa Dituduh Berdiam Diri Isu Tunggakan Gaji Badhri Radzi Lebih Suku Juta Ringgit

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menafikan dakwaan yang menuduh mereka membisu dalam usaha melunaskan tunggakan gaji bekas kapten, yang merupakan legenda pasukan Kelantan iaitu, Mohd Badhri Radzi.

KAFA menyatakan, sebenarnya mereka berusaha pro aktif dalam menyelesaikan isu tersebut dan ada perbincangan dengan pihak Badhri Radzi. Cuma kesepakatan di antara kedua dua pihak masih belum dicapai.

Dipitik dari sumber BH Online, Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman berkata, KAFA akan sentiasa berusaha mencari solusi kepada masalah hutang seperti yang sedang berlaku.

Dan beliau juga menyatakan sebelum ini KAFA sudah mencapai kata sepakat dengan seorang lagi legenda Kelantan iaitu Khairul Fahmi Che Mat.

Foto: FAM

Beliau berkata kepada BH Online: “Yang Apek (Khairul Fahmi) sudah selesai pagi tadi dan tunggakan itu akan dilunaskan secara ansuran. Dalam hal ini, (luahan Mohd Badhri) saya pun tidak tahu macam mana kenyataan itu boleh keluar.”

“Sebenarnya ada perbincangan cuma buat masa sekarang belum ada kata sepakat. Tetapi kalau dia ada persoalan atau mahu menjelaskan sesuatu, datanglah kepada kami kerana kami sentiasa terbuka untuk cari jalan penyelesaian.

“Jadi saya harap jalan penyelesaian akan dapat dicapai dalam tempoh terdekat.”

Sebelum ini Berita Harian mendedahkan bahawa Badhri Radzi masih menanti KAFA membayar haknya. Di mana tunggakan gaji Piya adalah lebih suku juta, ataupun lebih RM250,000.

BH Sukan semalam melaporkan Mohd Badhri atau Piya kecewa selepas KAFA masih belum menghubunginya bagi membincangkan mengenai tunggakan gaji berjumlah lebih RM250,000 dan kini penantiannya sudah melebihi setahun.

Pemain lain yang masih menuntuk gaji mereka dengan KAFA ialah Norhafiz Zamani serta Fauzi Roslan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram