Juzaili Samion: Dari Perancis Ke Sime Darby, Kini Bergelar Penolong Jurulatih

Bekas pemain Sime Darby FC musim lalu, Muhammad Juzaili Samion kini sah menyertai sebuah pasukan di Lembah Klang, UKM FC yang bakal beraksi dalam saingan 100Plus Liga Premier musim ini.

Beliau yang berusia 37 tahun akan menjadi penolong kepada ketua jurulatih, Sulaiman Hussin dalam memastikan pasukan ini terus memberi saingan dalam liga yang lebih kompetitif berbanding musim lalu.

Anak kelahiran Bilut, Bentong Pahang ini merupakan produk Akademi Bola Sepak Negeri Pahang sekitar penghujung 90an dan memulakan karier bersama Pahang pada tahun 2001 sehingga 2006.

Namun begitu, beliau bersama seorang lagi ‘Wonderkid’ Malaysia ketika itu, Akmal Rizal Ahmad Rakhli diterbangkan ke Perancis dalam usaha menimba lebih banyak pengalaman bersama pasukan FC Strasbourg dan FCSR Haguenau pada tahun 1999.

Ketika hampir dua tahun berada di Perancis, beliau berkesempatan menjalani latihan bersama pasukan Strasbourg dan turut membuat penampilan bersama Haguenau dalam kejohanan kompetitif.

Beliau yang ketika dihubungi beberapa hari lalu menjelaskan bahawa pasukan UKM FC memiliki potensi untuk bersaing dalam Liga Malaysia musim baharu ini.

“Saya memilih pasukan ini kerana melihat akan potensi beberapa pemain-pemain muda untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi dan mungkin pemain-pemain ini mampu menyarung jersi kebangsaan satu hari nanti”, ujarnya.

“Saya juga berharap agar dapat membantu pasukan ini menjadi pesaing yang dapat memberi cabaran kepada pasukan lain dalam saingan Liga Premier musim ini. Saya juga optimis, UKM FC mampu menjadi salah satu pasukan yang akan mengegar dalam Liga Malaysia nanti”.

Beliau yang memiliki sijil kejurulatihan (Lesen kelas B-AFC) nyata bersedia memberi tunjuk ajar dan akan menyumbang segala pengalaman yang diperolehi sepanjang lebih 17 tahun beraksi dalam karier bola sepaknya.

foto: Sime Darby Fc Facebook

Sepanjang bergelar seorang pemain yang beraksi dalam kejohanan domestik, beliau telah menjulang beberapa kejuaraan antaranya Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala FAM.

Beliau turut berpeluang membuat penampilan di peringkat antarabangsa bersama skuad kebangsaan dari tahun 2000 sehingga 2008, termasuklah membantu skuad negara dalam kejohanan Sukan SEA, Piala Suzuki, Pestabola Merdeka dan kelayakkan Piala Dunia.

Untuk rekod, pada tahun 2001, beliau pernah berkelana di Jerman dan menjalani latihan bersama pasukan Mainz 05 dan Eintract Frankfurt ketika itu diperkenal dan diuruskan oleh Houlger Obermain.

Selamat maju jaya kami ucapkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN