Juventus Lengkapi Senarai 14 Pasukan Untuk Versi Percubaan eFootball PES 2020

Mereka kembali lagi akhirnya!

Era kini merupakan waktu yang cukup sengit buat 2 siri permainan video bola sepak iaitu eFootball PES 2020 dan juga FIFA.

Kedua-dua kini saling bersaing untuk mendapatkan lesen untuk pasukan-pasukan utama di dunia.

Kini setelah hilang di beberapa siri PES yang lalu, kini Juventus kembali lagi untuk edisi PES 2020.

Konami berjaya mendapatkan hak eksklusif bersama gergasi Serie A itu. Kerjasama jangka panjang antara 2 entiti ini membolehkan PES2020 mempunyai akses kepada stadium Juventus iaitu Allianz Stadium.

Akses kepada stadium tersebut adalah bersifat eksklusif dan hanya akan dinikmati oleh pemain PES 2020 sahaja dan ianya tidak akan kelihatan di FIFA20.

Selain daripada itu, skuad Juventus juga akan diberikan pengesanan 3D atau 3D scanning untuk memastikan wajah para pemain kelab itu pada tahap yang paling realistik.

Dalam masa yang sama, pemain tengah Juventus iaitu Miralem Pjanic turut dipilih sebagai duta PES 2020 sempena kerjasama antara Konami dan juga Juventus.

Sementara itu, dengan hadirnya pengumuman ini maka lengkaplah senarai para pasukan yang akan membuat kemunculan dalam siri percubaan atau demo bagi PES 2020.

Sebanyak 14 pasukan boleh dipilih oleh para pemain PES 2020 untuk edisi percubaan ini merangkumi kelab dari Eropah dan juga Amerika Selatan:

  • Bayern Munich
  • Juventus
  • Manchester United
  • Barcelona
  • Arsenal
  • Palmeiras
  • Flamengo
  • Corinthians
  • Vasco da Gama
  • Boca Juniors
  • River Plate
  • Universidad de Chile
  • Colo-Colo

Versi percubaan ini turut membolehkan para pemain merasai mod atas talian (online) dan juga mod edit yang diperbaharui oleh Konami.

Versi percubaan untuk PES 2020 boleh diakses oleh para pemain pada 30 Julai 2019 untuk peranti PlayStation 4, Xbox One dan juga Steam di PC.

Versi penuh akan muncul pada 31 Ogos 2019.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN