Juventus Sedia Pintas Manchester United Dalam Perebutan Dapatkan Nemanja Matic

Tempoh hari, kita sering mendengar mengenai perpindahan Nemanja Matic ke Manchester United bukan?

Namun begitu, berita itu mungkin akan menjadi masalah kerana terdapat sedikit drama di dalamnya.

Matic dikatakan mahu tinggalkan Chelsea selepas ketibaan pemain baharu dari AS Monaco iaitu Tiemoue Bakayoko menyertai mereka.

Jose Mourinho dikatakan bersedia untuk membawa pemain itu ke Old Trafford untuk memperkuatkan barisan tengah Manchester United.

Akan tetapi, Antonio Conte mempunyai perancangan lain.

Beliau dikatakan tidak mahu menjual Matic ke mana-mana pasukan di Premier League dan lebih rela melepaskan pemain itu ke mana-mana kelab di luar Premier League.

Tapi kemana Conte nak jual?

Conte dikatakan bersedia untuk menjual Matic ke Juventus yang merupakan kelab lamanya itu.

Hal ini kerana, pengurus Max Allegri dikatakan berminat untuk mendapatkan Matic sebagai pemain yang akan menguatkan barisan serangan pemain tersebut.

Walaupun pada mulanya Juventus mensasarkan untuk mendapatkan Blaise Matuidi, namun Allegri bersedia untuk menukar sasaran dengan mendapatkan pemain Chelsea itu.

Selain Juventus, Internazionale juga dikatakan berminat untuk dapatkan beliau.

Namun ia dijangka sukar kerana kelab tersebut mungkin tidak dapat mendapati permintaan kontrak pemain Serbia itu.

Sumber:

  1. Daily Mail (2017): Juventus weighing up Nemanja Matic move as manager Massimiliano Allegri wants to rival Manchester United for £40m Chelsea midfielder’s signature; http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-4695184/Juventus-weighing-Nemanja-Matic-rival-United.html#ixzz4mmAxigk1

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN