Juventus Mahu Dapatkan Semula Alvaro Morata

Musim pertama Alvaro Morata di England tidak seindah yang diramalkan ramai pihak. Beliau bermula agak baik dengan menjaringkan 7 gol daripada 7 perlawanan pertama termasuk hatrik ke atas Stoke.

Namun selepas itu Alvaro Morata gagal memberikan impak seperti yang diharapkan. Antonio Conte terpaksa menandatangani seorang lagi ‘target man’ iaitu Olivier Giroud untuk memastikan Chelsea ada penyerang yang lebih tajam.

Bulan lalu, Conte memberitahu pasukan mereka tiada penyerang yang prolifik di hadapan gol seperti mana pasukan lain. Itu adalah sebab utama mereka begelut musim ini. Musim lalu mereka ada Diego Costa yang sangat produktif.

Conte juga menyatakan, statistik menunjukkan Eden Hazard adalah penjaring utama mereka musim ini. Ia adalah petanda yang tidak baik kerana mereka memerlukan penyerang utama yang lebih tajam. Hazard bukan bertugas sebagai penjaring gol utama.

Antonio Conte

Alvaro Morata pernah mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak begitu selesa tinggal di London.

Menurut Morata, cuaca dan makanan di London antara yang membuatkan beliau stress. Beliau juga memberitahu hanya ada 2 negara yang terbaik untuk tinggal iaitu Sepanyol dan Itali.

Namun selepas itu Morata memberikan kenyataan yang beliau mahu kekal di Chelsea pada tempoh yang lama.

Beliau juga pernah memberitahu yang beliau menyesal meninggalkan Juventus satu ketika dahulu untuk pulang semula ke Real Madrid.

Juventus menawarkan pakej kepulangan semula untuk Morata dan isterinya yang berasal dari Itali. Pasukan juara Itali itu akan kehilangan khidmat Mario Mandzukic.

Mereka sudah menyenaraikan beberapa nama pemain dari EPL untuk dibawa masuk. Selain daripada Alvaro Morata, mereka juga berusaha membawa masuk Emre Can dan Anthony Martial.

Sebagai rekod Chelsea membayar sekitar £58 juta dan boleh mencecah £75 juta untuk Alvaro Morata berdasarkan tambahan pada klausa.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply