Juventus Dan ICC Bersepakat Bantu Cristiano Ronaldo Elak Bermain Di Amerika Syarikat

Penganjur perlawanan pra-musim berprofil tinggi International Champions Cup (ICC) dan Juventus dikatakan membuat kesepakatan sulit untuk cuba sedaya upaya melindungi Cristiano Ronaldo daripada bermain di Amerika Syarikat.

Ini sebagai langkah untuk mengelakkan sebarang risiko Cristiano Ronaldo mungkin akan ditahan di Amerika Syarikat kerana siasatan kes rogol di Vegas beliau dibuka semula.

Juventus merupakan salah sebuah pasukan yang aktif dalam ICC. Buat masa ini negara-negara yang menganjurkan ICC pada pra musim iaitu Amerika Syarikat, dan Asia.

Juventus dijangka akan beraksi di China atau Singpaura – bersama-sama dengan Spurs dan Manchester United.

Juventus menjadi rekod pembelian Serie A dengan harga sekitar €108 juta oleh Juventus. Sebulan selepas memeterai perjanjian menyertai Juventus, Ronaldo dikejutkan dengan siasatan kes rogol beliau pada 2009 yang dibuka semula.

Wanita warga Amerika Syarikat Kathryn Mayorga menuduh Ronaldo merogolnya dan membayar sejumlah wang untuk menutup mulut.

Ronaldo dan peguammnya tegas menyatakan kenyataan itu sebagai satu pembohongan dan berjanji akan menyaman Der Spiegel – yang berpangkalan di Jerman. Juventus kemudiannya telah menyuarakan sokongan mereka kepada Ronaldo.

Jadual untuk ICC akan dikeluarkan pada minggu hadapan. Pihak penganjur pastinya pening kerana Ronaldo adalah daya tarikan utama dalam kejohanan itu. Namun mereka perlu mengelak daripada membawa pemain itu ke Amerika Syarikat.

Namun jurucakap kelab Juventus menafikan mereka mahu pergi ke Asia kerana mahu mengelak Ronaldo daripada ditahan kerana kes rogol tersebut. Sebaliknya mereka berkata: “Pergi ke Asia adalah perkara normal selepas pra-musim sebelum ini di Amerika Syarikat.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN