Juventus Akan Digelar Pasukan Kuda Belang (Zebre) Dalam FM20

Hak eksklusif oleh Konami ke atas Juventus membuatkan mereka sebelum ini ditukar nama kepada Piemonte Calcio dalam FIFA 20.

Ramai juga yang terkeliru. Namun kali, Football Manager memberikan nama lebih canggih kepada Juventus dalam Football Manager 2020.

Ianya selepas FM juga tidak boleh menggunakan nama Juventus di dalam permainan video mereka. Lalu FM terpaksa menggunakan nama Zebre, yang merujuk kepada kuda belang.

Pasukan paling berjaya di Itali itu memiliki deretan nama bintang di dalam pasukan mereka termasuk superstar, Cristiano Ronaldo.

SINGAPORE, SINGAPORE – JULY 21: Cristiano Ronaldo (L) of Juventus celebrates scoring his side’s second goal with his team mate Mattia De Sciglio (R) during the International Champions Cup match between Juventus and Tottenham Hotspur at the Singapore National Stadium on July 21, 2019 in Singapore. (Photo by Thananuwat Srirasant/Getty Images)

Warna hitam putih pada jersi Juventus memang seperti kuda belang. Laporan di Itali menyebut, hanya nama sahaja yang bertukar, namun para pemain di dalam pasukan Juventus, ehh, Zebre akan kekal dengan nama sebenar mereka.

Hal ini agak mengejutkan ramai pihak. Namun FM 2020 tidak boleh menggunakan nama Juventus sewenang-wenangnya di dalam permainan video mereka.

Juventus sebelum ini sudah menjual nama mereka kepada KONAMI dengan sejumlah wang yang agak besar dalam kontrak mereka.

Dari sudut ekonomi dan publisiti ianya memang sangat bagus. Walaupun ramai yang menjadikannya bahan jenaka ketika nama menjadi Piemonte Calcio di FIFA 20 dan selepas ini Zebre pada FM 2020.

Diharap, anda tidak terkeliru untuk mencari nama Juventus selepas ini untuk mencari nama Juventus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN