Jurulatih Dan Semua Jawatankuasa Eksekutif Letak Jawatan, Bola Sepak Bulgaria Lumpuh

Ketua Jurulatih Bulgaria, Krasimir Balakov telah membuat keputusan untuk melepaskan jawatannya selepas isu perkauman yang melanda skuad kebangsaan negara tersebut semakin buruk terutama ketika berhadapan pasukan england pada Isnin lepas.

Kemenangan 6-0 England dalam pusingan kelayakan EURO 2020 di Sofia itu dibayangi oleh nyanyian-nyaian berbaur ejekan perkauman.

Perlawanan berkenaan dihentikan dua kali pada separuh masa pertama apabila pemain England bertindak keluar dari padang sebagai tanda protes kepada penghinaan tersebut.

Dalam temuramah bersama Sky Sports selepas perlawanan. Balakov mengatakan beliau tidak mendengar apa-apa ejekan – terutama bunyi monyet – dari tempat penduduk penonton dan berjanji akan memohon maaf kepada pemain England sekiranya UEFA membuktikan ianya benar-benar berlaku.

Pada Jumaat, Persatuan Bola Sepak Bulgaria (BFU) telah mengesahkan perletakan jawatan Balakov adalah disebabkan prestasi pasukan yang tidak memuaskan dalam tempoh beberapa bulan ini. Lebih parah lagi, semua ahli Jawatnkuasa Eksekutif turut meletakkan jawatan masing-masing.

Perdana Menteri Bulgaria, Boyki Borissov pada Selasa lalu telah mengarahkan Presiden BFU, Mihaylov untuk meletak jawatan kerana isu perkauman tersebut, tetapi desakan itu pada awalnya ditolak oleh BFU kerana tidak mahu campur tangan politik – yang mana ianya tidak dibenarkan oleh FIFA.

Balakov pada Isnin selepas perlawanan mendakwa beliau hanya menumpukan perhatian pada perlawanan.

“Saya sebenarnya tidak mendengar apa-apa. Tetapi saya telah bercakap kepada wartawan, sekiranya ianya terbukti, kami harus berasa malu dan perlu meminta maaf. Tetapi sekali lagi saya ulang, ianya perlu dibuktikan terlebih dahulu.”

Beliau selepas itu mengeluarkan kenyataan memohon maaf kepada pasukan England dan sesiapa sahaja yang rasa terasa dengan penghinaan perkauman tersebut.

Sementara Mihaylov pula dalam kenyataannya pada Jumaat mengatakan, beliau meletak jawatan memandangkan Perdana Menteri, Borissov sendiri yang mengarahkannya sehari selepas perlawanan.

“Tahap kesabaran saya sudah di penghujung. Hakikatnya apa sangat yang kami boleh buat dengan perkara berkaitan keselamatan atau kawalan semasa perlawanan sedang berlangsung. Bulgaria bukanlah negara yang rasis.

Dalam kenyataan penuh BFU pada Jumaat, Mereka mengumumkan Jawatankuasa Eksekutif BFU telah pun dimaklumkan oleh Presiden, Borislav Mihaylov tentang perletakan jawatannya.

“Berdasarkan amalan kebiasaannya, jawatan pemangku telah ditawarkan kepada Naib Presiden Pertama, Yordan Lechkov tetapi beliau telah menolak, begitu juga dengan seorang Naib Presiden, Atanas Furrnadzhiev.

“Berikutan itu, majoriti Ahli Jawatankuasa Eksekutif dalam memohon bekas Naib Presiden, Mikhail Kasabov untuk memangku sehala hal pengurusan dan perlu menganjurkan kongres khas untuk memilih kepimpinan baru BFU.

“Prestasi skuad kebangsaan Bulgaria sejak beberapa bulan ini telah dicatat sebagai tidak memuaskan. Ia menjadi sebab utama mengapa jurulatih kami, Krasimir Balakov metakkankan jawatannya.

Ini adalah satu tamparan buat arena bola sepak Bulgaria di mana mereka kini tiada presiden persatuan bola sepak, tiada jurulatih pasukan negara dan tiada jawatankuasa eksekutif.

Jadi, siapa yang akan menguruskan perlawanan domestik dan antarabangsa di Bulgaria?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN