Jurgen Klopp Tegaskan Supaya Jangan Ada Pertikaian Terhadap Komitmen Mohamed Salah

Jurgen Klopp tegaskan supaya jangan ada pertikaian tentang komitmen Mohamed Salah walaupun ada pelbagai spekulasi panas berkait masa depannya di Anfield.

Dalam satu temu bual pada hari ini bersama Liverpool Echo, Jurgen Klopp telah mendedahkan tentang situasi Salah dan tahap kecergasan terkini Roberto Firmino.

Liverpool berkemungkinan tidak akan menurunkan Firmino pada aksi hujung minggu ini bertemu Crystal Palace, memandangkan bintang Brazil itu memerlukan sekurang-kurangnya satu minggu lagi untuk pulih sepenuhnya.

Antara topik paling mencuri tumpuan ketika temu bual tersebut adalah tentang isu kontrak Mo Salah, dengan Klopp mempertahankan pemainnya supaya tiada sesiapa yang meragui komitmen bintang Mesir itu.

Liverpool pada ketika ini sedang berunding dengan wakil Salah berkait tawaran lanjutan kontrak, memandangkan kontrak asalnya berbaki dua tahun lagi sebelum tamat.

‘The Egyptian King’ itu memulakan kempen musim ini dengan sangat cemerlang selepas beliau ketika ini sudah menjaringkan empat gol dari lima perlawanan dalam semua pertandingan.

Beliau turut berjaya merekodkan gol ke-100 beliau dalam saingan Premier League ketika beraksi bertemu Leeds United di Elland Road hujung minggu lalu.

Dan ketika Klopp ditanya tentang status terbaru berkait rundingan kontrak Salah, pengurus Liverpool itu menjawab:

“Tidak ada apa yang boleh dikatakan tentang hal itu, terutama sekali dari saya kerana saya tidak terlibat.”

“Jelas sekali satu-satunya hal yang saya betul-betul berminat adalah melihat bagaimana Mo sekarang, bagaimana tajamnya dia, bagaimana komitednya dia pada ketika ini dan ia semua menarik perhatian saya. Sangat bagus.”

“Itulah segalanya. Tidak ada yang baru untuk katakan tentang itu (kontrak).”

Pelbagai spekulasi tersebar berkait masa depan salah, termasuklah khabar angin yang mengatakan beliau meminta gaji £500,000 seminggu dari kelab untuk menandatangani kontrak baru.

Walau bagaimanapun, terdapat juga laporan yang menyatakan bahawa Mo Salah hanya meminta gajinya dinaikkan £50,000 lebih dari apa yang beliau terima ketika ini.

Satu hal yang pasti, Salah masih menunjukkan komitmen beliau terhadap kelab dan masih mempamerkan aksi persembahan yang mantap setiap kali diturunkan untuk beraksi.

Maka kerana itulah Jurgen Klopp sendiri menegaskan yang tiada keraguan berkait komitmen Salah dan beliau gembira dengan prestasi yang dipamerkan oleh bintang Mesir itu.

Firmino sebelum ini dibelenggu masalah kecederaan hamstring ketika aksi terikat 1-1 bertemu Chelsea di Anfield pada 28 Ogos lalu.

Firmino juga akan diketepikan dari kedua-dua aksi bertemu Crystal Palace dalam saingan Premier League dan bertemu Norwich City dalam saingan League Cup nanti.

Beliau hanya boleh diturunkan ketika aksi bertemu Brentford pada minggu hadapan dalam saingan Premier League.

“Dia masih belum sedia.”

Jelas Klopp.

“Bobby masih belum menjalani sesi latihan bersama kami sehingga dia betul-betul mampu nanti.”

“Minggu hadapan mungkin dia akan kembali menjalani sesi latihan dan kita akan tunggu dan lihat.”

Ketika aksi bertemu AC Milan kemarin, Jurgen Klopp telah menurunkan kesebelasan berbeza dengan beliau menurunkan Divock Origi sebagai pemain utama berbanding Sadio Mane.

Hasilnya, skuad kendalian beliau berjaya menewaskan AC Milan 3-2 untuk memulakan langkah kanan dalam saingan Champions League musim ini.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply