Jurgen Klopp Risau Apabila Ada Cadangan Mahu Batalkan Musim EPL

Jurgen Klopp Liverpool Timo Werner

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui yang beliau mempunyai kerisauan apabila terdapat beberapa pihak yang mahu musim Premier League kali ini dibatalkan atau null and void.

Bercakap kepada media menjelang aksi Mersyeside Derby menentang Everton, Klopp berkata pada mulanya beliau tidak terfikir pun musim ini akan musnah kerana wabak Covid-19.

Akan tetapi ianya mula menjadi kerisauan apabila terdapat suara-suara yang mahu musim ini dibatalkan dan menafikan peluang Liverpool untuk menjulang gelaran liga buat pertama kali selepas 30 tahun.

“Saya mula risau bila orang cakap nak batalkan musim ini. Saya katakan ‘wow’ ketika mendengarnya.”

“Secara fizikalnya, saya benar-benar merasakannya dan ianya cukup-cukup sukar.”

Klopp memahami mengapa terdapat cadangan untuk membatalkan musim liga itu, katanya terdapat pelbagai sebab yang dinyatakan untuk menamatkan musim ini.

Namun begitu, Klopp mengakui yang beliau kini lega selepas perbincangan yang dilakukan dan keputusan untuk membatalkan musim itu telah dibakulsampahkan oleh pihak liga.

“Jujurnya saya gembira apabila bola sepak kini kembali.”

“Kita perlu main, ianya cukup baik.”

“Itulah yang perlu dilakukan di dalam sukan dan kita bersedia untuk melakukannya.”

Liverpool memerlukan dua kemenangan sahaja lagi untuk disahkan sebagai juara Premier League dan mereka boleh melakukannya ketika bertemu Everton dan Crystal Palace.

Baca juga artikel kami mengenai Jurgen Klopp:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram