Jurgen Klopp Mula Kurang Senang Dengan Penggunaan VAR

Klopp VAR

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp yang sebelum ini beranggapan pengenalan Video Assistant Referee (VAR) dalam bola sepak merupakan satu idea yang bagus, mungkin sedikit berubah fikiran berhubung perkara tersebut.

Hal ini kerana aksi anak buahnya bertemu Midtjylland di MCH Arena, awal pagi tadi menyaksikan banyak ‘gangguan’ daripada teknologi tersebut dan salah satu daripadanya telah menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan tuan rumah.

Ia susulan daripada kekasaran dilakukan penjaga gol, Caoimhin Kelleher terhadap pemain sayap, Anders Dreyer yang pada mulanya dikesan berada dalam kedudukan ofsaid. Namun, selepas rujukan VAR dibuat, keputusan berubah sekali gus sepakan penalti diberikan kepada skuad bimbingan Brian Priske itu.

Selain itu terdapat juga beberapa keputusan VAR terpaksa digunakan terhadap jaringan yang dihasilkan Alexander Scholz dan Takumi Minamino.

Sehubungan dengan itu, tempoh masa lama yang diambil sebelum dapat mengesahkan sesuatu keputusan juga menjadi perkara utama yang bermain di fikiran Klopp.

”Ia mengambil masa yang lama [untuk mendapatkan keputusan],” ujar Klopp menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Saya tidak dapat melihatnya kembali, jika mereka benar atau sekiranya mereka sukar untuk membuat keputusan, tetapi ia mengambil masa tiga atau empat minit dan ia membuatkan para pemain ‘sejuk’, ia sangat sukar.”

”Saya sudah dapat mendengar orang ramai berkata, ‘Ya Tuhan, adakah dia bercakap tentang ini [VAR] lagi?’ tetapi ia memang mengambil masa terlalu lama dan membuatkan permainan menjadi ‘sejuk’. Perkara ini tidak membantu.”

”Saya pernah menjadi salah seorang yang mengatakan,’ya, VAR merupakan idea yang bagus.”

”Tetapi saya benar-benar tidak pasti adakah saya akan sekali lagi mengatakan sedemikian, sejujurnya. Kita sudah menggunakannya [VAR] dan pada ketika ini, kita perlu untuk menghadapinya,” tambah Klopp lagi.

Kredit featured image: Lars Ronbog / FrontZoneSport via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jurgen Klopp:

Jurgen Klopp: Kami Memang Berhak Kalah

Klopp Jelaskan Sebab Pilih Caoimhin Kelleher Berbanding Adrian

Klopp Pilih Chelsea Calon Juara EPL Musim Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN