Jurgen Klopp Minta Penyokong Liverpool Jangan Buat Bukan-Bukan

Iklan

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp meminta penyokong Liverpool supaya tidak melakukan perkara yang melanggar norma baharu ketika mereka hendak meraikan kejayaan merangkul gelaran Premier League.

Penyokong Liverpool jelas dilanda kegembiraan apabila berjaya merangkul gelaran ke-19 liga mereka, dan yang kali pertama sejak 1990.

Mereka meraikan kejayaan tersebut dengan mengadakan sambutan beramai-ramai di hadapan Anfield selepas Chelsea menewaskan Manchester City yang kemudiannya menghadiahkan kejayaan liga buat Liverpool.

Namun begitu, keadaan tersebut telah menyebabkan pengurus Liverpool itu berasa tidak senang melihat keadaan tersebut dan mahu ianya tidak berlaku lagi.

Beliau meminta agar penyokong Liverpool untuk menyambut kejayaan itu dengan tidak berkumpul beramai-ramai sebaliknya di tempat sendiri sahaja.

“Saya juga manusia dan semangat anda juga semangat saya.”

“Tetapi waktu sekarang adalah bukan waktu terbaik untuk melakukan acara keramaian di tempat awam,” kata beliau menerusi Sky Sports.

Pada hemat Klopp, adalah perlu untuk semua orang membantu barisan hadapan yang bertungkus-lumus menyelamatkan nyawa dengan mematuhi penjarakan sosial.

“Kita terhutang budi terhadap mereka yang paling terdedah dengan bahaya dalam komuniti, petugas kesihatan yang melakukan tugas dengan cukup baik dan kita cukup berterima kasih kepadanya.”

“Begitu juga dengan pihak polis dan pihak berkuasa tempatan yang membantu kita sebagai kelab untuk tidak berbuat demikian.”

Klopp sekali lagi mengingatkan penyokong Liverpool untuk bersabar dan bila tiba masa yang sesuai, kelab akan mengadakan sambutan besar-besaran meraikan kejayaan liga di serata Liverpool.

Buat masa sekarang, Klopp cuma mahukan penyokong Liverpool duduk rumah dahulu.

Baca juga artikel kami mengenai Jurgen Klopp:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram