Jurgen Klopp: Liverpool Miliki Skuad Lebih Matang Berbanding Borussia Dortmund

Klopp

Meskipun masih belum menikmati sebarang kejayaan sejak bergelar pengurus Liverpool bermula Oktober 2015, Jurgen Klopp menegaskan bahawa skuad terkini The Reds merupakan barisan terbaik pernah dimilikinya.

Malah Klopp turut menilai Liverpool lebih matang berbanding barisan pemain Borussia Dortmund ketika menjuarai saingan Bundesliga buat dua musim berturut-turut (2010/11 dan 2011/12).

Pengendali kelahiran Stuttgart, Jerman itu jelas mempunyai alasan tersendiri bagi menyokong kenyataannya.

”Buktinya adalah pada musim lalu. Saya memiliki barisan yang hebat sepertimana yang anda ketahui tetapi sejak saya hadir ke England, ia merupakan pasukan terbaik yang saya miliki disini, semua pemain bersatu.”

MADRID, SPAIN – MAY 31: Jurgen Klopp, Manager of Liverpool gives his team instructions during the Liverpool FC training session on the eve of the UEFA Champions League Final against Tottenham Hotspur at Estadio Wanda Metropolitano on May 31, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Clive Rose/Getty Images)

”Borussia Dortmund adalah pasukan yang cemerlang walaupun skuad itu lebih muda berbanding pemain saya ketika ini tetapi mereka tidak begitu matang (seperti pemain Liverpool).”

”Kami memenangi liga dan ia bunyi sedikit aneh tetapi pasukan ini (Liverpool) menunjukkan kematangan yang diperlukan untuk menjadi pasukan besar sepanjang musim.”

” Ia hanyalah keterangan. Ia tidak membawa apa-apa maksud dan hanya memberikan saya perasaan yang baik.”

Bersama Liverpool, Klopp telah membawa kelab Merseyside sebanyak tiga kali ke perlawanan akhir iaitu Piala Liga dan Liga Europa 2015/15 serta Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Namun, ketiga-tiga perlawanan tersebut tidak memihak pasukannya dan Klopp berpeluang untuk menebus segala kehampaan itu pada awal nanti apabila bakal berdepan Tottenham Hotspur pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Wanda Metropolitano, Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN