Jurgen Klopp: Ini Juga Latihan Pra-Musim Buat Kami

Jurgen Klopp

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menegaskan bahawa sesi latihan yang kembali disambung selepas hampir tiga bulan ‘bercuti’ itu turut bertindak sebagai pra-musim buat pasukannya bagi menghadapi musim 2020/21.

Hal ini kerana, pengurus kelahiran Stuttgart, Jerman itu menjangkakan saingan musim baharu Liga Perdana Inggeris akan diadakan sebaik sahaja kempen 2019/20 yang akan bersambung pada 17 Jun ini berakhir.

”[Pemain] kami tidak mempunyai ‘match-fitness’ pada ketika ini.” ujar Klopp menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Kami cuba untuk mendapatkannya dengan meningkatkan lagi intensiti ketika sesi latihan, dari hari ke hari, tetapi kami perlu untuk mencapainya pada hari ke 19 atau 20, di mana kami akan berdepan Everton.”

”Saya rasa pada ketika itu kami mahukan ‘match-fitness’ pada tahap 100 peratus.”

”Itu adalah pusingan dalam tiga minggu hingga ke hari ini, ia sangat baik. Ini merupakan pra-musim buat kami, saperti yang saya katakan, kami tidak merasakan akan ada jarak terlalu lama di antara musim tersebut [untuk bermula musim baharu].”

”Jadi ini merupakan detik yang sangat penting buat kami. Kami tidak menikmati latihan bola sepak selama sembilan minggu dalam hidup kami – sejak kami bermain, sangat baik. Itu sesuatu yang amat berbeza tetapi sangat menarik untuk disaksikan.”

”Kami amat menikmati situasi ini, ia sangat bagus. Ia akan memberikan perbezaan buat kami, secara jujurnya, untuk datang bersama-sama dan bersama dalam tempoh sejam dua di sini.”

”Anda mendapat kontak sebegini, tindak balasnya juga baik di atas padang secara terus, tidak hanya menggunakan skrin komputer sahaja,” tambah Jurgen Klopp lagi.

Kredit featured image: Christopher Furlong/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jurgen Klopp:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply