Jurgen Klopp Enggan Terlalu Memikirkan Tentang Kedudukan Liga

Liverpool

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tidak terlalu memikirkan tentang kedudukan tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21 dinikmati skuad bimbingannya yang semakin dicabar oleh Manchester United selepas The Reds sekadar terikat tanpa jaringan pada pertemuan menentang Newcastle United di St James’ Park, awal pagi tadi.

Satu mata buat kali kedua berturut-turut itu menyaksikan Liverpool terlepas peluang untuk melebarkan kedudukan dan hanya memiliki kelebihan tiga mata di hadapan Manchester United yang kekurangan satu perlawanan.

Sebelum ini, juara bertahan itu diikat West Bromwich Albion (WBA) dengan keputusan 1-1 selepas jaringan lewat pemain pertahanan lawan, Semi Ajayi memadamkan kelebihan awal dijelmakan Sadio Mane pada minit ke-12.

Meskipun mengakui perkembangan yang baik dapat berada di tangga teratas pada ketika ini, Klopp menganggap ia bukanlah perkara utama yang bermain di mindanya.

”Kedudukan di tangga teratas liga merupakan benda terakhir yang berada dalam pemikiran saya pada ketika ini.”

”Ia perkara yang bagus tetapi tidak memberikan sebarang makna,” ujar Klopp menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Kami mencatatkan keputusan seri pada perlawanan malam [pagi] ini dan kami masih lagi berada di tangga teratas, jadi ia memberikan gambaran jelas bagaimana sukarnya saingan musim ini buat semua orang.”

”Kami perlu untuk melangkah ke hadapan, pada perlawanan seterusnya, bertemu Southampton, Aston Villa, Manchester United dan ia bagus kami mengetahui tentang tanggungjawab kami.”

”Kami tidak mendapat keputusan yang diharapkan tetapi ia bukanlah perkara yang teruk dalam dunia ini, ada perkara buruk yang berlaku.”

Walaupun gagal meraih tiga mata penuh yang diharapkan, pengendali kelahiran Jerman itu masih gembira dengan aksi anak buahnya.

”Liga Perdana Inggeris hanya untuk pasukan yang bagus. Kami mempunyai banyak peluang terbaik. Pasukan pelawat [Newcastle United] juga bagus dan ia berlaku setiap masa. Anda mungkin menyangka saya tidak akan memuji persembahan pasukan saya tetapi saya suka dengan persembahan mereka.”

”Aksi mereka cukup baik,” tambah Klopp lagi.

Kredit featured image: Scott Heppell – Pool/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jurgen Klopp:

Jurgen Klopp Mula Kurang Senang Dengan Penggunaan VAR

Jurgen Klopp: Kami Memang Berhak Kalah

Jurgen Klopp: Salah Kami, West Brom Memang Berhak Raih Mata

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN