Jurang Antara Liverpool Dan Manchester United Semakin Luas

Iklan

Premier League

Musim ini, jurang antara dua kelab utama Premier League iaitu Liverpool dan Manchester United sememangnya luas.

Perbezaan kutipan mata antara kedua-dua pasukan cukup besar dengan setakat 31 perlawanan liga adalah 37 mata dengan Liverpool sudah pun mengesahkan kejuaraan dengan Manchester United masih bergelut dengan pasukan seperti Wolverhampton Wanderers dengan Sheffield United di pertengahan liga.

Musim hadapan, dijangka lebih besar lagi jurang oleh kedua-dua pasukan.

Hal ini kerana, pakar kewangan bola sepak iaitu Kieran Maguire menjangkakan jurang antara dua kelab semakin besar dan kini dalam soal kira-kira wang.

Menerusi laman Sky Sports, Maguire menyatakan sebegitu kerana wang yang bakal diterima oleh kedua-dua pasukan selepas musim 2019/2020 tamat disebabkan perbezaan kedudukan yang ketara oleh kedua-dua pasukan.

“Pasukan akan memperoleh pembayaran yang berbeza mengikut kedudukan liga. Jumlah bonus yang dibayar juga berbeza mengikut kedudukan liga yang diduduki selepas musim tamat.”

Maguire jugam emberikan gambaran yang Manchester United akan lebih jauh ketinggalan oleh Liverpool sekiranya mereka terlepas slot ke UEFA Champions League pada musim hadapan.

Selain daripada hadiah kemenangan liga, Liverpool juga jauh meninggalkan Manchester United dari segi kewangan selepas The Reds mengeluarkan barangan khas edisi juara.

“Mereka mengeluarkan barangan khas edisi juara dan itu satu langkah bijak. Ianya akan menjadi satu lagi penambahan keuntungan buat kelab dan ianya dijuala secara dalam talian dan bukannya menerusi kedai kelab.”

Pembayaran akhir musim Premier League dibahagikan kepada lima bahagian iaitu:

  1. Bayaran sama rata 20 pasukan
  2. Bayaran fasiliti (mengikut jumlah perlawanan yang disiarkan secara langsung di United Kingdom)
  3. Bayaran komersial
  4. Bayaran hak penyiaran antarabangsa
  5. Bayaran merit mengikut kedudukan terakhir liga

Dari senarai diatas hanya bayaran 1, 3 dan 4 sahaja yang dibayar sama rata oleh semua 20 pasukan. Bagi nombor 2 dan 5 ianya tidak sama rata.

Disebabkan itulah kita dapat saksikan perbezaan bayaran antara kelab, dan ada pasukan yang lebih bawah kedudukannya memperoleh bayaran lagi tinggi berbanding pasukan di atas.

Baca juga artikel kami mengenai Premier League:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram