Jupp Heynckes Kembali Bimbing Bayern Munich Sehingga Akhir Musim Ini

Bayern Munich sah melantik semula bekas pengurus mereka, Jupp Heynckes. Beliau akan bertugas sehingga akhir musim ini.

Bayern Munich memecat Carlo Ancelotti pada minggu lalu selepas hilang sokongan daripada ramai bintang utama pasukan.

Ancelotti yang dikaitkan dengan AC Milan dan Everton memberitahu yang beliau tidak akan menerima mana-mana tawaran daripada kelab lain untuk baki musim ini.

Tugasan Ancelotti sebelum ini diambil oleh Wily Sagnol buat sementara waktu. Bayern Munich kini dibezakan 5 mata di belakang Borussia Dortmund.

Bayern Munich akhirnya berjaya memujuk Jupp Heynckes untuk keluar daripada persaraan beliau dan menguruskan kelab mereka sehingga akhir musim ini.

Heynckes adalah pengurus pertama dan terakhir yang memberikan kejayaan treble untuk Bayern Munich dan satu-satunya kelab Jerman yang berbuat demikian.

(Nota editor: Piala Super Jerman tidak dikira sebagai trofi major domestik)

Jupp Heynckes mengambil masa beberapa hari untuk menerima tawaran ini kerana beliau sudah lama melupakan bola sepak selepas bersara.

Heynckes perlu mempertimbangkan banyak perkara kerana bola sepak telah banyak berubah. Namun begitu beliau gembira dapat kembali semula ke kelab yang beliau sayangi. Beliau berkata:

“Saya tidak akan kembali semula jika ianya tawaran daripada mana-mana kelab lain. Bayern Munich sangat dekat dengan hati saya.”

“Staf kejurulatihan saya akan melakukan apa yang termampu untuk membantu membawa semula kejayaan kepada kelab dan penyokong. Saya rasa teruja untuk cabaran ini.”

Bayern selepas ini akan berhadapan dengan Freiburg pada 14 Oktober. Itu adalah tugasan pertama Heynckes. Pastinya mencabar kerana pemain akan kembali daripada tugasan kebangsaan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram