Julian Nagelsman, Jurulatih Muda Yang Menang Anguerah Jurulatih Terbaik Jerman 2016!

Julian Nagelssmann dinobatkan DFB sebagai Jurulatih Terbaik 2016. Julian kini merupakan ketua jurulatih Hoffenheim.

Anda pasti kenal dengan nama ini. Ataupun anda perlu berkenalan sedikit dengan beliau?

Anda boleh baca artikel lama kami bertajuk Julian Nagelsmann, Jurulatih Muda Yang Sedang Menggegarkan Bundesliga. Cuma klik pautan tersebut.

Kami sangat mencadangkan anda baca pautan di atas ini, kerana ia menceritakan lebih lengkap kisah Julian Nagelsmann.

Paling muda

Beliau diiktiraf sebagai pengurus kelab Bundesliga paling muda. Hanya baru berusia 29 tahun! Beliau dipuji kerana membawa Hoffenheim selamat dari penyingkiran musim lalu.

Terkini, beliau membawa Hoffenheim berada di tangga keempat carta Bundesliga. Di mana kedudukan tersebut menjamin kelayakan ke pusingan play-off UEFA Champions League 2017-18.

Tiada karier sebagai pemain senior

Julian bersara awal dek kecederaan yang sering dihadapi. Meskipun beliau beraksi di pasukan belia untuk Augsburg.

Beliau terpaksa memutuskan untuk bersara awal. Selain itu, beliau bermain untuk pasukan belia 1860 Munich.

Menariknya, ketika di Augsburg beliau diberikan kepercayaan oleh Tuchel menjadi scouts sandaran (part time).

Tuchel memang melihat potensi Nagelsmann dalam ilmu taktikal dan pemerhatian yang tajam dalam aspek bola sepak.

Beliau dilantik menjadi pengurus Hoffenheim pada Februari 2016. Sebelum ini beliau bermula sebagai penolong jurulatih pasukan belia.

Nagelsmann berkata:

“Penganugerahan ini yang diberikan kepada bakat muda kepada saya membuatkan saya hampir tidak mampu berkata apa-apa,” kata beliau setelah dimaklumkan kejayaan memenangi anugerah itu.

Pengarah sukan DFB, Horst Hrubesch menyatakan Julian ialah contoh terbaik kepada jurulatih berbakat di sekitar Jerman.

Baca juga: Video: Ucapan Selamat Tinggal Bastian Schweinsteiger Kepada Penyokong Manchester United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN