Julen Lopetegui: Jangan Pandang Rendah Cabaran Real Madrid Walaupun Tanpa Cristiano Ronaldo

Real Madrid

Lionel Messi mengatakan bahawa kehilangan Cristiano Ronaldo yang berhijrah ke Juventus sedikit merencatkan cabaran Real Madrid pada musim ini.

Beliau juga melihat kehadiran Ronaldo menjadikan Juventus sebagai antara pasukan pilihan utama untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Bagi pengendali Los Blancos, Julen Lopetegui, beliau memberikan amaran buat bintang Barcelona itu bahawa keupayaan skuad bimbingannya tidak perlu diragui walaupun tanpa Ronaldo disisi mereka.

Pemergian Ronaldo ke Itali sebaik sahaja saingan Piala Dunia 2018 tamat telah menyebabkan perseteruan mereka berakhir sejak sekian lama.

Walaupun Real Madrid kecundang pada perlawanan Super Cup bertemu Atletico, Julen Lopetegui berjaya membawa anak buahnya meraih kemenangan bersih dalam tiga perlawanan awal La Liga.

Lopetegui ketika bercakap kepada Onda Cero, beliau yakin dengan anak buahnya dengan berkata:

”Saya tidak meragui keupayaan para pemain Real Madrid.”

”Kami telah melakukannya dengan baik dan ia baru sahaja bermula dan kami mempunyai tiga minggu lagi bagi menghadapi Liga Juara-Juara Eropah.”

”Kami telah memperolehi sasaran sembilan mata dan kami perlu untuk memikirkannya. Para pemain perlu kembali cergas dan kami akan melihat apa yag bakal berlaku nanti.”

”Sasaran kami adalah segala-galanya pada musim ini. Dengan kejuaraan liga yang perlu sentiasa di prestasi yang baik serta memerlukan konsistensi tetapi kami mahu memenangi segalanya.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN