Julang Piala Pertama, Mauricio Pochettino Anggap Ia Sekadar Permulaan

Mauricio Pochettino

Pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino mengakui kejayaan meraih trofi Trophee des Champions awal pagi tadi merupakan permulaan dan beliau mengharapkan lebih banyak kejayaan dapat dilakarkan anak buahnya pada musim ini.

Lebih menarik untuk diperkatakan, trofi yang dimenangi setelah PSG berjaya menundukkan Marseille 2-1 itu juga merupakan kejayaan pertama diraih Pochettino sepanjang bergelar pengurus. Sebelum ini, beliau pernah membimbing Espanyol, Southampton dan Tottenham Hotspur.

Melihatkan kepada kualiti hebat dimiliki barisan pemainnya, Pochettino turut mengimpikan untuk menjuarai kempen Ligue 1, Coupe de  France dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

”Selepas 10 hari bergelar jurulatih kelab ini, tiga perlawanan yang dilalui dan perlawanan akhir menentang musuh tradisi, ia merupakan satu perkara penting kami dapat mencatatkan kemenangan.”

”Ia bukan sahaja berkisar soal memenangi trofi, penghormatan dan kebanggaan lebih penting buat kelab dan penyokong kami,” ujar Pochettino menurut laporan Goal.

”Sedikit demi sedikit, pasukan ini melakukan apa yang saya mahu mereka lakukan. Saya telah berada di sini selama dua minggu dan kami melakukan banyak persiapan.”

”Ini hanyalah satu permulaan. Kami percaya dengan masa dan kerja yang kami lakukan, kami boleh mengimplementasikan idea kami dan perkembangannya akan menjadi baik kerana kami mempunyai kualiti yang kami ada.”

”Kami hanya mempunyai masa yang sedikit untuk berlatih tetapi pemain saya berhak untuk memenangi trofi tersebut.”

”Mereka telah menyesuaikan diri dengan pantas untuk memenuhi keperluan saya saya mahukan,” tambah Pochettino lagi.

Kredit featured image: Anthony Dibon/Icon Sport via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Mauricio Pochettino:

Era Baharu PSG Bersama Pochettino Kini Bermula

3 Pemain Sasaran Pochettino Untuk Tambah Kekuatan PSG

Selepas Pecat Tuchel, PSG Akan Lantik Pochettino Sebagai Pengurus Baharu

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

One Comment

Leave a Reply