Juan Mata: Eden Hazard Akan Buktikan Kemampuannya Di Real Madrid

Kerjasama Semuanya BOLA

Eden Hazard

Pemain tengah Manchester United, Juan Mata menegaskan bahawa bekas rakan sepasukannya, Eden Hazard akan membuktikan kemampuan sebenar beliau bersama kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Kedua-dua pemain tersebut pernah bergandingan bersama selama dua musim ketika menyarung jersi Chelsea pada musim 2012/13 dan 2013/14 sebelum Mata meninggalkan Chelsea semusim kemudian untuk menyertai Manchester United.

Hazard pula terus memahatkan nama sebagai antara pemain serangan terbaik dalam saingan Liga Perdana Inggeris sehingga musim lalu dan akhirnya mengambil langkah penting dengan merealisasikan impiannya sejak kecil iaitu untuk menjadi pemain Real Madrid.

Namun, langkah itu nyata tidak semudah yang disangka apabila pemain kelahiran Belgium itu dilihat begitu bergelut untuk mempamerkan kehebatan sebenar beliau dan turut seringkali dibelenggu kecederaan.

LONDON, ENGLAND – APRIL 18: Juan Mata of Manchester United in action with Eden Hazard of Chelsea during the Barclays Premier League match between Chelsea and Manchester United at Stamford Bridge on April 18, 2015 in London, England. (Photo by Matthew Peters/Manchester United via Getty Images)

Beliau hanya mampu menjaringkan satu gol dalam 15 penampilannya dalam saingan La Liga dan Liga Juara-Juara Eropah 2019/20. Satu permulaan yang bukanlah diharapkan oleh Eden Hazard.

Juan Mata bagaimanapun melihat Hazard mampu untuk memberikan sumbangan berkesan buat skuad Los Blancos itu.

”Pemain terbaik Liga Perdana Inggeris, saya maksudkan, saya suka bermain dan berhadapan dengannya, Eden Hazard.”

”Bagi saya, selama bertahun-tahun, dia adalah yang terbaik di Liga Perdana Inggeris. Dia boleh memenangi perlawanan dengan usahanya sendiri. Saya sering berlatih dengannya dan saya tahu bahawa betapa bagusnya dia,” ujar Mata menurut laporan Goal.

”Dia sangat tidak bernasib baik ketika bersama Real Madrid dengan beberapa kecederaan, tetapi saya pasti dia akan membuktikan tahap sebenarnya apabila dia kembali cergas untuk melakukannya.”

Kredit featured image: Alex Livesey/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Juan Mata:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram