Jose Mourinho: Susah Bersaing Dengan Pasukan Yang Langgar Peraturan

Kerjasama Semuanya BOLA

Jose Mourinho

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengatakan yang adalah sukar untuk bersaing di tahap tertinggi apabila terdapat sesetengah pasukan yang sering kali melanggar peraturan.

Menurut laporan The Guardian, Mourinho merujuk kepada keputusan Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) yang menerima rayuan Manchester City selepas mereka diharamkan untuk beraksi di UEFA Champions League (UCL) selama dua musim.

“Ada sesetengah kelab, ia mudah untuk mereka [berbelanja besar].”

“Mereka cuma langgar peraturan, mereka lupakan peraturan Financial Fair Play, mereka pakai duit sebanyak mana mereka mahu dan dapatkan pemain yang bagus. Senang.”

Mourinho cukup kritikal terhadap Manchester City yang cuma diberikan denda sebanyak €10 juta sahaja kepada CAS.

Malah, keputusan tersebut menguatkan lagi persepsi dalam kalangan penyokong yang “ada duit, semua boleh jalan.”

“Bagi sesetengah kelab, ianya sukar bagi mereka.”

“Mereka cuba untuk mengikut peraturan, dan tidak mahu dilihat sebagai pelanggar peraturan serta tidak melakukan persaingan kompetitif dan ianya lebih memeningkan jika dibandingkan dengan kelab dengan profil sebegini.”

Dengan keputusan rayuan tersebut, peluang untuk Tottenham Hotspur layak ke saingan UCL pada musim hadapan tertutup dengan misi kini hanya boleh dicapai untuk ke Europa League sahaja.

Mourinho jelas sekali mahu mencapai sasaran itu dengan misi utama mereka pada musim hadapan adalah bergelar pemenang Europa League.

Baki dua perlawanan Tottenham Hotspur adalah menentang Leicester City dan juga Crystal Palace.

Baca juga artikel kami mengenai Jose Mourinho:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram