Jose Mourinho: Manchester United Memerlukan Lebih Banyak Kejayaan

Mourinho

Pengendali Manchester United, Jose Mourinho telah menikmati kejuaraan Piala EFL (musim ini dikenali Piala Carabao) dan Liga Europa pada musim lalu yang juga merupakan tahun pertamanya berkhidmat di Old Trafford.

Musim ini, Manchester United gagal mengulangi kejayaan Piala Carabao serta turut terlepas peluang meraih gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) ditangan Manchester City.

Namun, United masih mempunyai satu lagi ‘talian hayat’ untuk sekurang-kurangnya menamatkan musim ini dengan satu piala apabila bakal membuat perhitungan bertemu Chelsea pada aksi akhir Piala FA pada 20 Mei nanti.

Dalam pada itu, The Red Devils juga kelihatan semakin hampir untuk menamatkan saingan EPL di tangga kedua, pencapaian terbaik kelab dalam saingan liga selepas Sir Alex Ferguson meninggalkan United pada musim 2012/13.

Walaupun sudah mengesahkan bakal berada dalam kalangan empat pasukan terbaik EPL musim ini, Mourinho menegaskan United memerlukan lebih banyak kejayaan yang diharapkannya.

STOCKHOLM, SWEDEN – MAY 24: Aleksander Ceferin, UEFA President gives Jose Mourinho, Manager of Manchester United his winners medal after the UEFA Europa League Final between Ajax and Manchester United at Friends Arena on May 24, 2017 in Stockholm, Sweden. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

”Saya rasa jika kami menamatkan saingan di tempat kedua, ianya merupakan yang pertama kali dalam masa lima tahun, sejak Sir Alex (Ferguson) meninggalkan pasukan,” Mourinho bercakap selepas perlawanan menentang Arsenal.

”OK, ada kemajuan, kemajuan di banyak peringkat, tetapi tidak mencukupi untuk menjadi yang pertama berbanding kedua, tidak cukup untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan bukannya Liga Europa.”

”Tetapi cukup stabil, memenangi beberapa trofi, memasuki beberapa perlawanan akhir tetapi kami memerlukan lebih lagi.”

Menurut sumber Sky Sports, ketika ditanya sama ada Liga Perdana Inggeris lebih penting berbanding Liga Juara-Juara Eropah pada musim hadapan, Mourinho berkata:

”Saya fikir kami akan mengatakan yang paling penting adalah apabila anda menang. Apabila anda memenangi Liga Juara-Juara Eropah, saya akan mengatakan itu yang paling penting buat saya. Apabila saya memenangi liga, EPL akan menjadi penting buat saya.”

”Dan bila saya tidak memenangi sebarang kejuaraan, saya akan mengatakan menang adalah tidak penting,” tambah beliau berseloroh.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN