Jose Mourinho: Leipzig Menang Ke Atas Pasukan Tempang

Pengurus Tottenham Hotspur menegaskan bahawa pasukan Tottenham Hotspur harus meminta maaf kepada penyokong mereka selepas keputusan buruk yang dicatatkan dalam perlawanan menentang RB Leipzig serta beberapa perlawanan sebelum ini.

Finalis musim lalu, Spurs ditunjukkan jalan keluar daripada pusingan kalah mata Liga Juara Juara Eropah oleh RB Leipzig. Ini selepas mereka tewas sekali lagi di tangan pasukan Jerman itu.

Dalam aksi kedua pusingan 16 pasukan akhir, Spurs kalah 3-0 di Jerman. Menyaksikan mereka tersingkir dengan agregat 0-4.

Dalam aksi yang berlangsung di Red Bull Arena, dua gol oleh Marcel Sabitzer dan Emil Fosberg membuatkan Spurs terpaksa akur di tangan RB Leipzig.

“Kami harus meminta maaf kepada penyokonh. Mereka pergi sejauh ini untuk menyokong pasukan dan kita kalah sebegitu sahaja. Para penyokong berhak mendapat lebih baik.”

Ditanya sama ada beliau sudah merancang untuk merombak pasukan pada jendela perpindahan yang akan datang, Jose merasakan ia tidak perlu.

“Saya tak rasa kami perlu merombak semula secara besar besaran pada musim panas akan datang. Kecualilah ada perkara yang berlaku ketika Euro.”

“Selepas ini, Sissoko akan kembali, begitu juga Kane dan Son. Ianya kepulangan yang sangat besar kesannya kepada kita.”

Mourinho juga menyatakan bahawa, perlawanan kali ini dimenangi oleh pasukan yang lebih baik. Dan tiada keraguan tentang perkara itu.

Malah Mourinho menganggap Leipzig dalam kondisi serba lengkap berhadapan dengan pasukan yang serba tempang dan pincang.

“Dah tentunya hari ini pasukan lebih baik menang. Mereka lebih baik secara fizikaliti, rentak, serta kondisi maksimum – dengan pemain-pemain terbaik yang mereka ada serta bangku simpanan yang sarat dengan kualiti berhadapan dengan pasukan yang penuh masalah.”

“Sudah tentu saya positif semalam. Kita kenalah positif sepanjang masa.”

“Kalau tak positif, lebih baik kita tidak datang ke sini dan bermain.”

Seterusnya, Jose Mourinho berikrar bahawa pasukannya akan bangkit selepas ini.

Beliau dapat merasakan kekalahan di tangan Leipzig akan membuatkan para pemain ingin bangkit.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply