Jose Mourinho: “Kerja Keras Lawan Juventus, Punca Kecundang Di Etihad”

Seperti biasa, Jose Mourinho akan tampil dengan alasan penyedap hati andai pasukannya keciciran mata.

Pelbagai alasan ‘itu dan ini’ akan dikeluarkan sama ada mengkritik pasukan lawan mahupun pengadil perlawanan.

Perlawanan di Turin

Kali ini, Mourinho tampil memberi alasan dengan menyifatkan kekalahan 3-1 pasukannya keatas Manchester City adalah berpunca daripada kerja keras mereka menewaskan Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara, pertengahan minggu lalu.

TURIN, ITALY – NOVEMBER 07: Jose Mourinho, Manager of Manchester United gives his team instructions during the UEFA Champions League Group H match between Juventus and Manchester United at Juventus Stadium on November 7, 2018 in Turin, Italy. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Pengurus dari Portugal itu menjelaskan sebelum pertemuan derbi Manchester, pasukannya terlebih dahulu perlu menghadapi salah sebuah pasukan terbaik dunia iaitu Juventus.

Beliau membandingkan perjalanan lawannya Man City yang dengan mudah sekali menewaskan kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk dan meraih kemenangan besar.

“Semua perlu akur. Beraksi menentang Juventus selama 90 minit, berbeza dengan mengalahkan Shakhtar Donetsk 6-0 di gelanggang sendiri dan sangat santai”.

“Kami hadir untuk perlawanan ini dengan keadaan yang berbeza,” katanya Mourinho menerisi laporan TheStar.

Tambah Mourinho, “Ia bukan saja usaha secara fizikal namun turut memberi tekanan kepada mental. Saya yakin sesetengah pemain merasainya.”

Enggan kritik pemain

Pada musim ini Mourinho memilih untuk tidak mengkritik pemain walaupun berdepan dengan kekalahan.

“Orang yang tidak faham bola sepak membuat analisis berdasarkan statistik.”

“Saya tidak mengikut statistik. Saya beri perhatian kepada ‘rasa’ semasa perlawanan dan ia masih terasa kesannya hingga ke minit ke-80”.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Kami melakukan kesilapan. Kami dihukum namun terus memberikan tentangan. Semangat kebersamaan di dalam pasukan ini adalah sesuatu yang kami cuba bina dan tidak mahu kehilangannya kerana satu kekalahan.”

“Tiada kritikan kepada pemain saya, semuanya positif. Saya bersama mereka dan begitu juga sebaliknya,” kata Mourinho.

Ketiadaan Paul Pogba

Mourinho turut mengulas mengenai pemain tengah Perancis Paul Pogba, yang terpaksa diketepikan kerana kecederaan.

“Saya tidak suka bercakap tentang kekalahan dan tentang pemain yang tidak dapat diturunkan”.

“Saya tidak gemar bercakap mengenainya, namun dia [Pogba] adalah penting untuk kami dalam banyak aspek”.

“Kami terpaksa menurunkan Fellaini dari awal dan dia tidak bersedia untuk aksi 90 minit”.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Saya boleh bayangkan ketika ketinggalan 2-1 dan saya berpeluang menurunkan Fellaini sebagai pemain gantian yang segar, mereka pasti berdepan masalah besar”.

“Bila kami melakukan tekanan terakhir, Fellaini melaksanakan tugas dengan luar biasa untuk kekal di dalam padang, dan mengambil risiko berhadapan kecederaan.”

“Atas sebab lain kami tanpa khidmat Paul [Pogba] tetapi tidak bermakna tanpa Paul kami tidak boleh menang. Jadi ia bukan alasan”.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN