Jose Mourinho Jangkakan Piala Dunia 2022 Di Qatar Bakal Jadi Temasya Yang Hebat

Iklan

Piala Dunia 2022

Jose Mourinho menjangkakan bahawa Piala Dunia 2022 di Qatar bakal menjadi antara temasya yang hebat untuk disaksikan.

Hal ini kerana beliau telah membuat lawatan ke Qatar dan melihat persiapan yang dirangka negara tuan rumah tersebut.

Mourinho telah menerima jemputan lawatan peribadi Ibu Pejabat Qatar 2022 jelas terkejut dengan perkembangan yang disaksikannya.

”Saya sangat kagum apabila mengenali negara ini. Saya tidak boleh mengatakan bahawa saya sangat terkejut kerana saya menjangkakan sesuatu yang mengagumkan. Tetapi terdapat tanda tanya yang bermain di minda pengurus sebelum mereka memahami segala hal dinamik.”

”Saya percaya ramai diantara kami di Eropah, pemain, jurulatih dan kelab – kami mempunyai beberapa tanda tanya – tetapi apabila anda sampai di sini (Qatar), anda tidak perlu lagi mempunyai tanda tanya.”

”Kemudahan yang tersedia sungguh menakjubkan. Mereka telah memikirkan setiap butirannya.”

”Jumlah tempat latihan buat semua pasukan, jarak yang pendek ke setiap stadium, tiada perjalanan jauh – pasukan boleh kekal selama sebulan di tempat latihan yang sama tanpa perlu berpindah.”

”Cuaca tidak akan menjadi begitu sukar. Jadi saya merasakan ia akan menjadi temasya yang hebat.”

Diharapkan pandangan peribadi Jose Mourinho ini dapat melenyapkan pelbagai kontroversi yang menyelubungi pemilihan Qatar selaku tuan rumah saingan bola sepak paling berprestij di dunia ini.

Kredit foto: Goal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram