Jose Holebas: Beri Trofi EPL Kepada Liverpool Dan Batalkan Musim Ini

Jose Holebas

Pemain pertahanan kiri Watford, Jose Holebas berpendapat bahawa kempen Liga Perdana Inggeris 2019/20 sewajarkan dibatalkan susulan wabak COVID-19 yang kian menular di negara tersebut dan tidak terkecuali juga di seluruh dunia.

Sehubungan dengan itu, Holebas turut mengakui trofi EPL yang menjadi idaman 20 pasukan bertanding seharusnya diberikan kepada Liverpool berikutan kelebihan amat besar dimiliki The Reds.

Selepas mengharungi 29 perlawanan, Liverpool mendahului pesaing terdekat, Manchester City dengan kelebihan 25 mata apabila mengumpul 82 mata susulan 27 kemenangan, satu keputusan seri dan satu kekalahan yang dialami.

Pemain berusia 35 tahun itu turut mengakui Liverpool telah menikmati satu musim yang cukup luar biasa dengan aksi yang dipamerkan.

”Pada pendapat saya, anda perlu untuk membatalkan saingan pada musim ini, pada saya ia adalah amat jelas sekali.”

Embed from Getty Images

”Saya akan memberikan kejuaraan ini kepada Liverpool, mereka sememangnya layak dan telah bermain dengan luar biasa pada musim ini,” ujar Jose Holebas menurut laporan Goal.

”Mereka jelas pasukan nombor satu. Saya merasakan tidak masuk akal untuk terus menjadualkan perlawanan pada setiap masa.”

Ketika Liverpool begitu selesa di puncak liga, Watford pula bergelut untuk kekal dalam saingan EPL selepas menghuni tangga ke-17 selepas terikat dengan Bournemouth dengan 27 mata.

Aston Villa di tangga ke-19 juga masih mempunyai peluang untuk kekal apabila mengumpul 25 mata selepas 29 perlawanan.

Kredit foto: Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images

Baca artikel kami yang lain mengenai Liverpool:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN