Jorginho Bengang Dilabel Sebagai “Bin Sarri”

bin Sarri

Pemain Chelsea dan juga Itali, Jorginho berasa berang apabila beliau sering dikaitkan sebagai anak emas kepada Maurizio Sarri.

Beliau yang dibawa oleh mantan pengurus Chelsea itu ke Stamford Bridge, sering kali dikenakan pelbagai kritikan oleh penyokong kelab itu di awal kariernya di London.

Salah satunya apabila beliau digelar sebagai anak emas atau dalam konteks Malaysia, bin Sarri.

“Apabila saya tiba di Chelsea, saya makin rindukan Napoli.”

“Ingat lagi tak masa saya mula-mula ada di Chelsea, saya dikecam kerana terlalu perlahan, terlalu lemah. Saya digelar kononnya saya ini anak Sarri.”

“Itu membuatkan saya amat marah,” kata Jorginho melalui Goal.

Terima kasih semua

Jorginho juga mendedahkan yang beliau memang mengalami masalah apabila berada di kelab baharu.

Menurutnya, ke mana sahaja beliau pergi pastinya dirinya akan mengambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan persekitaran baharu.

Perkara yang sama ketika beliau hadapi ketika beraksi di Verona dan Napoli.

Ketika di Naples, kehadiran Sarri memberikan angin perubahan kepada karier beliau.

“Saya mengalami masa yang sukar di Napoli, apabila Sarri datang semuanya berubah.”

“Jadi di Chelsea, saya gunakan kritikan sebagai pembakar semangat dengan harapan saya akan malukan [pengkritik] saya kelak.”

“Kini saya duduk bersama-sama gelaran Europa League dan UEFA Champions League bersama saya. Satu perkara saya ingin katakan, terima kasih semua, terima kasih.”

Jorginho merupakan salah seorang pemain yang dibawa oleh Sarri ke Chelsea dengan nilai perpindahan £57 juta.

Kini, Jorginho masih kekal di Chelsea sementara Sarri pula menguruskan Lazio.

Sumber:

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply