Jorge Sampaoli Yakin Argentina Akan Melayakkan Diri Ke Piala Dunia 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Jorge Sampaoli

Pengurus Argentina, Jorge Sampaoli yakin skuad bimbingannya akan melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 walaupun pasukan ranking ke-4 dunia itu berdepan ranjau berduri bagi merealisasikan impian tersebut.

Argentina sekali lagi mencatatkan keputusan seri dan merupakan keputusan seri ketiga berturut-turut dalam aksi kelayakan ini apabila diikat tanpa jaringan oleh Peru di Buenos Aires.

Sebelum ini Argentina yang diketuai Lionel Messi turut mencatatkan keputusan seri dalam dua perlawanan terakhir pada bulan lalu ketika bertemu Uruguay (0-0) dan Venezuela (1-1).

Pada perlawanan menentang Peru di hadapan penyokong sendiri, Lionel Messi berjaya memperagakan beberapa aksi magiknya, namun itu belum cukup untuk memecah kebuntuan jaringan hingga tamat permainan.

Keputusan tersebut meletakkan Argentina kini ditempat ke-6 daripada 10 pasukan yang bersaing dalam kelayakan zon CONMEBOL ini.

Kedudukan yang dihuni Argentina itu membuatnya penyokong mereka gusar dengan keadaan ini kerana pasukan di empat tempat teratas akan ke Russia secara automatik manakala pasukan di kedudukan ke-5 akan beraksi dalam saingan ‘play off’.

Namun keadaan itu tidak merisaukan Sampaoli dan beliau percaya Argentina tidak akan terlepas untuk menyertai Piala Dunia pada bulan Jun tahun hadapan.

BUENOS AIRES, ARGENTINA – OCTOBER 05: Lionel Messi of Argentina drives the ball during a match between Argentina and Peru as part of FIFA 2018 World Cup Qualifiers at Estadio Alberto J. Armando on October 5, 2017 in Buenos Aires, Argentina. (Photo by Marcelo Endelli/Getty Images)

”Saya masih yakin kami akan melayakkan diri ke Piala Dunia,” kata beliau dalam sidang media.

”Perlawanan hari ini sangat baik. Saya sangat berharap dan teruja dengan apa yang akan datang nanti.”

”Para pemain tidak berputus asa, mereka begitu berusaha keras dan sepatutnya mendapat keputusan yang sebaliknya.”

Keyakinan tersebut mungkin dibantu dengan aksi Argentina yang akan berdepan Ecuador selepas ini dan juga pasukan ditempat ke-4 dan 5 iaitu Colombia dan Peru akan bertemu sesama sendiri pada perlawanan terakhir.

Jorge Sampaoli turut memuji persembahan yang ditampilkan Lionel Messi, walaupun pemain tersebut hanya menjaringkan 4 gol daripada 9 perlawanan yang dilalui bersama Argentina dalam kelayakan.

”Messi bermain dengan hebat, mencipta peluang dan memberikan banyak hantaran yang bagus kepada rakan sepasukan,” katanya.

Sumber :

Goal (2017) – http://www.goal.com/en-my/news/sampaoli-confident-argentina-will-qualify-world-cup-2018/1fzlm71ac1cc81m63tizorltw8