Jordi Alba: Real Madrid Harus Beri Penghormatan ‘Guard Of Honour’ Buat Barcelona

Guard of honour

Perseteruan Real Madrid dan Barcelona bukan sahaja hangat dalam aksi di padang, malahan aksi sebelum bermula perlawanan turut mengundang pertikaian ketika ini iaitu berkenaan ‘guard of honour’.

Seperti sedia maklum, Barcelona telah dinobatkan selaku juara La Liga selepas skuad bimbingan Ernesto Valverde itu menumpaskan Deportivo La Coruna 4-2 sekaligus memberikan kejuaraan ke-25 buat The Blaugrana.

Sudah menjadi kebiasaan pasukan yang menjuarai liga akan menerima guard of honour daripada pasukan yang ditentang tetapi lebih menarik pada 7 Mei nanti, Barcelona akan menanti kunjungan Real Madrid di Nou Camp.

Zinedine Zidane yang merupakan pengendali Real Madrid pernah menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak akan membenarkan anak buahnya untuk memberikan penghormatan tersebut sekiranya Barcelona menjuarai La Liga sebelum pertemuan bertemu Madrid.

Zidane mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau tidak mahu anak buahnya memberikan guard of honour tersebut.

Keputusan itu dibuat selepas Barcelona enggan untuk melakukan perkara yang sama ketika Real Madrid baru sahaja menjuarai Piala Kelab Dunia FIFA pada Disember lalu.

”Barcelona tidak mengikut tradisi selepas kami memenangi Piala Kelab Dunia. Ini adalah keputusan saya.”

Sementara itu bagi pertahanan Barcelona, Jordi Alba berkata bahawa Real Madrid sewajarnya memberikan guard of honour buat Barcelona walaupun beliau sedia maklum keputusan itu bukan diputuskan oleh para pemain.

”Ianya bukanlah keputusan yang diambil oleh kami (tidak memberikan guard of honour), kami perlu menghormati keputusan yang dibuat,” jelas Alba memberitahu wartawan.

”Piala Kelab Dunia merupakan kejohanan yang tidak disertai oleh kami. Di Santiago Bernabeu, dalam saingan liga, sebelum ini kami pernah memberikan penghormatan guard of honour.

”Jika mereka tidak mahu memberikan guard of honour kepada kami, ianya adalah kerana arahan dari pihak atasan.”

Salah seorang Pengarah di Barcelona, Guillermo Amor sebelum ini menyatakan pendirian kelab bahawa Barcelona hanya akan memberikan guard of honour kepada musuh tradisi itu sekiranya kelab mereka juga turut bertanding dalam kejohanan yang sama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN