Jordan Mintah Impi Buru Gol Di Piala Malaysia Pula Walaupun Dalam Kesakitan

Jordan Mintah Terengganu FC II 2021 Piala Malaysia

Jordan Mintah sememangnya masih belum pulih, namun beliau tetap tampil membantu skuad Terengganu FC II dalam perlawanan terakhir Liga Premier dan kini kudratnya bakal ditagih untuk saingan Piala Malaysia.

Terengganu dalam pemburuan tiket ke Piala AFC 2022 selepas terlepas ke tangan Kedah Darul Aman FC dan jika juara Piala Malaysia pula adalah Johor Darul Ta’zim (JDT) atau Kedah, mereka tetap terlepas tiket itu.

Ini kerana, tiket itu akan terlepas ke tangan Penang FC yang menamatkan musim pertama mereka kembali ke Liga Super di tangga ketiga, tiga mata di depan Terengganu. Kejuaraan Piala Malaysia penting buat mereka.

Lima gol dalam lima aksi terakhir liga menyaksikan jentera serangan Terengganu tampak bermasalah selain benteng pertahanan yang juga kehilangan khidmat kapten, Carli de Murga untuk tempoh yang agak lama.

Penyerang, David da Silva gagal menghadirkan ancaman buat benteng lawan, malah dalam aksi terakhir liga berdepan Penang FC, beliau juga terlepas peluang meledak jaringan awal menerusi sepakan penalti.

Kembalinya Carli de Murga dan penyenaraian Jordan Mintah, Terengganu boleh dikatakan sudah kembali di landasan untuk berprestasi baik. Nafuzi Zain ada memberikan petanda peluang buat Jordan Mintah.

Katanya di sidang media terakhir liga, “Dan musim ini dah berakhir, kita boleh analisa prestasinya [David da Silva]. Setakat ini, mungkin kita boleh pertimbangkan pemain-pemain lain daripada skuad simpanan.”

Ini memberikan harapan kepada Jordan Mintah yang telah menampilkan prestasi baik sejak musim lalu. Musim ini pula, beliau meledak empat gol dalam enam penampilan sulungnya di Liga Super selain meraih gelaran penjaring terbanyak untuk saingan Liga Premier musim ini dengan meledak 16 gol peribadi.

Memetik kenyataan Jordan Mintah di Berita Harian, “Sebagai pemain sudah pasti saya begitu gembira jika diberi peluang untuk mengetuai jentera serangan pasukan TFC dalam kancah Piala Malaysia Ahad ini.”

“Walaupun kecederaan pada bahagian siku masih dirasai kerana pakar perubatan meminta saya berehat selama enam minggu, demi pasukan TFC II yang mengharungi saingan Liga Premier sebelum ini dan pasukan TFC yang bakal beraksi dalam saingan Piala Malaysia, saya membuka balutan di tangan lebih awal.

“Dan [saya] sanggup berkorban demi pasukan biarpun belum sembuh 100 peratus,” tegasnya yang dilihat sebagai ‘pakar statistik jaringan’ sebagaimana Ifedayo Olusegun menurut penganalisis bebas, Zuraimi Zukri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN