Jonjo Shelvey Akui Jumpa Pakar Psikiatri Untuk Ubat Masalah Mental Lemah

Kapten Newcastle United iaitu Jonjo Shelvey mempunyai rekod yang tidak begitu baik apabila kita bercakap mengenai masalah disiplin ketika di atas padang.

Beliau boleh dikatakan pemain yang mudah ‘mental koyak’ ketika beraksi di atas padang.

Pada musim lalu, beliau telah dibuang padang sebanyak 2 kali selepas selepas melakukan tindakan perkauman kepada pemain Wolverhampton Wanderers iaitu Romain Saiss.

Selepas itu, beliau juga dikenakan kat merah selepas menendang Henri Lansbury ketika perlawanan menentang Nottingham Forest.

Tindakan beliau itu nyata mengundang kecaman ramai pihak, dan beliau perlu bertindak untuk mengatasi perkara itu.

Gambar: The Newcastle United Blog

Shelvey dikatakan telah bertemu dengan pakar psikiatri untuk mengatasi masalah mental beliau ketika beraksi di atas padang selepas kad merah beliau menentang Nottingham Forest.

“Saya berjumpa dengan pakar pakar psikiatri selepas saya menendang pemain Nottingham Forest musim lalu. Ia adalah satu tindakan yang cukup kebudak-budakan.”

“Saya patut mula belajar untuk diam apabila diusik pihak lawan. Saya patutnya diamkan diri dan tidak terlibat dalam mana-mana pergaduhan dan jauhkan diri daripadanya.”

Shelvey mengakui yang kadang kala beliau gagal mengawal emosi beliau apabila menerima provokasi pihak lawan.

Hasilnya pada minggu lalu, beliau memijak Dele Alli. Hasilnya? Kad merah!

Sumber:

  1. ITV (2017): Jonjo Shelvey seeing psychiatrist ‘to curb anger issues’;’ http://www.itv.com/news/tyne-tees/2017-08-14/jonjo-shelvey-seeing-psychiatrist-to-curb-anger-issues/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN