John Stones Dedah Giroud Lebih Sukar Dikawal Berbanding Suarez Dan Aguero

Berita ini mungkin akan menggembirakan sedikit hati Olivier Giroud yang kerap dikritik oleh sesetengah penyokong Arsenal, Perancis dan peminat bola sepak secara amnya.

[adrotate group=”2″]

Meskipun beliau menjaringkan 1 gol untuk membantu Perancis menewaskan Romania 2-1 dalam perlawanan pembukaan Piala Eropah 2016, Giroud tetap dikritik kerana mensia-siakan sekurang-kurangnya 3 peluang lain untuk menjaringkan gol.

Dalam temu bual pertahanan tengah England, John Stones dengan majalah sukan Sepanyol, Mundial, beliau mendedahkan penyerang paling sukar pernah beliau hadapi bukanlah Sergio Aguero atau Luis Suarez.

Sebaliknya Olivier Giroud.

Stones memberitahu Mundial Magazine:

“(Aguero dan Suarez) memang hebat.”

“Tapi secara jujurnya Olivier Giroud adalah penyerang paling sukar pernah saya hadapi. Anda tak tahu betapa kuatnya dia.”

Stones kemudian memberitahu kelebihan fizikal Giroud:

“Bila saya cuba merampas bola daripadanya, dia boleh tahan asakan saya. Sentuhan pertamanya juga sangat bagus.”

Pada musim lepas, Giroud menjaringkan 16 gol dalam Premier League daripada 38 penampilan. Sergio Aguero pula menjaringkan 24 gol daripada 30 penampilan.

Sementara itu dalam La Liga, Luis Suarez menjaringkan 40 gol daripada 35 penampilan untuk memenangi anugerah penjaring terbanyak di depan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

900px x 600px-2

Baca juga: Adik Beradik Xhaka Hantar 80% Gaji Mereka Kepada Ibu Bapa Untuk Balas Jasa

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN