John McGinn: Untuk Kekal Dalam Saingan EPL Tidak Semudah Disangka Buat Aston Villa

Iklan

McGinn

Pemain tengah kelahiran Scotland, John McGinn mengakui bahawa bukan mudah untuk Aston Villa untuk terus kekal di Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sehubungan dengan itu, beliau mahu rakan sepasukannya agar berterusan untuk mencuba pada penampilan semula kancah EPL itu.

McGinn merupakan penjaring gol kedua buat Aston Villa ketika membenam cabaran Derby County pada perlawanan akhir play-off tempoh hari.

Kemenangan 2-1 menentang skuad bimbingan Frank Lampard itu kembali membawa Aston Villa ke pentas liga paling popular di dunia tersebut selepas terjerumus ke EFL Championship pada 2016.

Kejayaan Aston Villa yang mencatatkan 10 kemenangan berturut-turut pada Mac lalu sehingga memberikan peluang buat mereka beraksi di peringkat play-off mahu diulangi oleh McGinn.

”Saya merasakan kami perlu untuk mengambil langkah yang sama seperti musim lalu (2018/19).”

LONDON, ENGLAND – MAY 27: John McGinn of Aston Villa (left) celebrates with his team after he scores his sides second goal during the Sky Bet Championship Play-off Final match between Aston Villa and Derby County at Wembley Stadium on May 27, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

”Kami mengambil perlawanan minggu demi minggu dan ia berakhir dengan cukup baik. Dengan tahap kelab ini, orang akan mengharapkan kami untuk kekal tetapi ia tidak mudah seperti disangka.”

”Kami perlu berterusan untuk mencuba dan menekan dari awal, bagi mendapatkan keputusan dan lihat apa yang kami mampu lakukan.”

McGinn yang berhijrah ke England dari Scotland pada musim lalu melihat saingan bola sepak Ingeris amat sesuai dengannya.

”Ini semua merupakan ujian yang berbeza. Championship sangat sesuai dengan saya.”

”Kami menghadapi cabaran yang berbeza pada setiap minggu, cabaran baru dan ia sesuatu yang saya rasa memberikan kelebihan.”

”Saya mengharapkan dapat membuktikan sesuatu buat Aston Villa dan dapat bersaing di pentas tertinggi sekaligus mengekalkan tempat saya dalam pasukan.”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram