John Barnes: Kylian Mbappe Tidak Sesuai Buat Liverpool

John Barnes

Bekas pemain kesayangan peminat Liverpool, John Barnes mengakui bahawa bintang Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe tidak begitu sesuai buat The Reds walaupun merasakan kelab tersebut sememangnya memerlukan seorang penyerang.

Meskipun reputasi Mbappe tidak perlu untuk diperjelaskan lagi, Barnes melihat pemain berusia 21 tahun itu berkemungkinan tidak sesuai dengan falsafah yang diterapkan pengurus pasukan, Jurgen Klopp.

Mbappe pantas membuktikan kualiti hebat dimilikinya selepas membantu Perancis menjuarai Piala Dunia 2018 di Rusia dan turut menjadi tunjang kepada dominasi PSG dalam saingan Ligue 1.

Musim ini juga sebelum saingan Ligue 1 terpaksa dihentikan susulan COVID-19, Mbappe berkongsi tempat pertama sebagai penjaring terbanyak bersama pemain AS Monaco, Wissam Ben Yedder setelah kedua-duanya menjaringkan 18 gol.

Barnes, 56 tahun, bagaimanapun merasakan Liverpool perlu merekrut penyerang lain berbanding meletakkan harapan untuk membawa masuk Mbappe ke dalam pasukan.

”Mereka [Liverpool] perlu menandatangani pemain lain pada ketika sekiranya salah seorang daripada penyerang mereka meninggalkan pasukan tetapi pemain itu perlu sesuai dengan apa dimahukan oleh Klopp,” ujar Barnes menurut laporan Goal.

Embed from Getty Images

”Kylian Mbappe memang sangat hebat ketika bersama bola tetapi adakah dia turut melakukan ‘kerja-kerja’ lain? Saya sarankan sekiranya anda seorang ‘superstar’ yang berusia 21 tahun, sikap anda tidak akan berubah.”

Dalam pada itu, Barnes yang beraksi bersama Liverpool pada musim 1987/88 hingga 1996/97 turut mengulas tentang pengambilan dan pemilihan unik dipraktikkan oleh Klopp.

”Klopp menandatangani pemain yang sesuai dengan sistem diterapkannya, bukan hanya kerana mereka kelihatan hebat ketika bersama pasukan terdahulu.”

”90 peratus orang tidak akan memilih [Jordan] Henderson dan [Georginio] Wijnaldum berbanding Kevin De Bruyne, David Silva, atau juga Jack Grealish serta James Maddison, tetapi mereka berfungsi dengan baik untuk Liverpool.”

”Divock Origi dan Xherdan Shaqiri beraksi pada perlawanan separuh akhir [Liga Juara-Juara Eropah] bertemu Barcelona, sikap mereka sangat hebat dan mereka sangat bersedia dari segi fizikal. Ia menunjukkan mereka berlatih dengan baik, menantikan peluang tiba.”

”Jurgen telah mencipta persekitaran itu di liverpool. Salah satu perkara paling berani dilakukannya adalah melepaskan Phillipe Coutinho dan tidak terus mencari penggantinya. Liverpool mempercayainya [Klopp],” ujar John Barnes lagi.

Kredit featured image: Shaun Botterill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Kylian Mbappe:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN