John Aldridge: Firmino Bergelut Pamer Kehebatan, Liverpool Perlu Penyerang Baharu

Iklan

John Aldridge

Bekas pemain Liverpool, John Aldridge menegaskan bahawa The Reds perlu untuk membawa masuk penyerang baharu selepas melihat Roberto Firmino bergelut untuk mempamerkan prestasi terbaiknya.

Musim lalu, penyerang berusia 28 tahun itu sekadar mampu menjaringkan sembilan gol dalam saingan Liga Perdana Inggeris dan hanya mampu mencipta satu jaringan liga di Anfield dalam tempoh 18 bulan.

Aksi sulung kempen 2020/21 bertemu Leeds United juga menyaksikan beliau tidak berupaya untuk meletakkan nama selaku penjaring walaupun Liverpool berjaya menjaringkan empat gol pada perlawanan tersebut.

Sehubungan dengan itu, Aldridge yang beraksi bersama Liverpool pada penghujung 80-an melihat kelab tersebut seharusnya meletakkan Timo Werner sebagai pilihan utama bagi membantu Firmino.

”Bobby Firmino masih lagi dilihat sedikit dibelenggu [bergelut untuk mempamerkan aksi cemerlang],” ujar Aldridge menurut laporan Goal.

”Dia terlibat di bahagian tengah dan menunjukkan beberapa sentuhan menarik tetapi, sekali lagi, dalam kawasan penalti di Anfield, ia tidak berlaku [menjaringkan gol] buatnya.”

”Dia terlepas satu peluang terbaik pada separuh masa kedua selepas kombinasi baiknya dengan rakan di jentera serangan dan jelas kita semua mengingati bagaimana dia mengheret sehingga ke perlawanan terakhir di laman sendiri musim pada musim lalu untuk menjaringkan gol di Anfield.”

”Saya tidak tahu apakah itu akan bermain di fikirannya kerana dia tidak melihat dirinya dalam kawasan penalti.”

”Jangan salah sangka, saya merupakan peminat setianya dan dia melakukan beberapa perkara menarik untuk tiga pemain di hadapan yang tidak kita sedari tetapi jika anda bermain di peranan nombor sembilan, anda perlu untuk menjaringkan gol.”

”Dalam dunia yang ideal, para peminat suka untuk melihat pasukan mendapatkan Timo Werner atau seseorang yang sama sepertinya tetapi ia tidak mungkin berlaku.”

”Segarkan skuad ini, walaupun hanya dengan seorang pemain, untuk meembuatkan pemain terus bekerja keras dan menambah persaingan bagi merebut tempat dalam pasukan,” tambah John Aldridge lagi.

Kredit featured image: Julian Finney/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Roberto Firmino:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram