Joey Barton: “Neymar Itu Seperti Kim Kardashian Versi Bola Sepak”

Neymar

Neymar seperti yang kita semua tahu merupakan pemain yang sering saja menerima kritikan.

Terbaharu, Joey Barton telah mengkritik Neymar dengan menyamakan pemain itu dengan seorang selebriti Hollywood.

Menurut laporan Goal, Barton berasakan Neymar tidak mencapai tahap sebagai seorang pemain seperti Cristiano Ronaldo mahu pun Lionel Messi.

“Neymar bukanlah seorang pemain yang terbaik di dunia.”

“Kita dapatkan saksikan di Rusia ketika Piala Dunia, beliau bukanlah sehebat Cristiano Ronaldo mahu pun Lionel Messi. Masih terdapat lebih ramai pemain yang lebih hebat berbanding beliau.”

Pada hemat Barton, Neymar bukanlah seorang pemain yang mencetuskan fenomena dalam sukan bola sepak.

Sebaliknya, Neymar lebih kepada nilai pemasaran seperti Kim Kardashian dalam arena hiburan Hollywood.

“Neymar bukanlah sesuatu yang kita panggil fenomena dalam bola sepak. Beliau lebih kepada pemasaran sahaja.”

Neymar (BRA) during the 2018 FIFA World Cup Russia Round of 16 match between 1st Group E and 2nd Group F at Samara Arena on July 2, 2018 in Samara, Russia. (Photo by Foto Olimpik/NurPhoto via Getty Images)

Menurut Barton lagi, anaknya kini turut tidak mahu mengikut jejak langkah Neymar.

Sebaliknya anaknya mahu mengikut jejak langkah seperti Ronaldo dan juga Messi.

“Sekarang trend terkini adalah semua nak sokong pasukan yang kuat, yang selalu menang.”

“Anak saya sendiri ketika bermain ingin menjadi pemain yang hebat seperti Ronaldo, Messi atau Mohamed Salah.”

“Yang pasti, anak saya tak mahu jadi seperti Harry Kane atau Neymar.”

Menurut Barton, beliau sekeluarga dikatakan tidak menyebut nama Neymar pun di dalam perbualan mereka ketika berada di rumah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN