Jodoh Hanya Bertahan Seminggu, Robinho & Santos Kini Berpisah

Kerjasama Semuanya BOLA

Brazil

Gempar dunia bola sepak apabila kelab Brazil, Santos tempoh hari berjaya mendapatkan bekas pemain kebangsaan negara itu iaitu Robinho.

Beliau yang dianggap antara pemain muda terbaik pada generasinya pernah bermain dibeberapa kelab utama seperti AC Milan dan Real Madrid.

Tempoh hari, Santos berjaya mendapatkan beliau dengan mengikat kontrak begitu kecil bagi pemain seperti Robinho untuk tempoh 5 bulan.

Santos dan Robinho bersetuju untuk membayar gaji sebanyak £200 sahaja setiap bulan. Jumlah tersebut merupakan jumlah yang dianggap melebihi sedikit sahaja daripada paras gaji minimum di Brazil.

Namun begitu, kontrak yang dipersetujui pada 10 Oktober yang lalu kini nampaknya hanya bertahan selama seminggu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk membawa haluan masing-masing.

Santos dalam ciapannya di Twitter mengatakan keputusan untuk menamatkan kontrak tersebut adalah atas budi bicara kedua-dua pihak kerana Robinho perlu pulang ke Itali.

Beliau terpaksa pulang ke sana untuk menghadiri kes perbicaraan mahkamah dan sebagai defendan, Robinho perlu tampil mempertahankan diri.

“Kelab Bola Sepak Santos dan Robinho dengan persetujuan bersama, telah membuat keputusan untuk menamatkan kontrak yang dimeterai pada 10 Oktober 2020.”

“Keputusan itu dibuat untuk membolehkan Robinho fokus sepenuhnya kepada perbicaraan beliau yang diadakan di Itali.”

Nampaknya, musnah harapan untuk kita saksikan kelibat bekas wonderkid ini beraksi lagi setelah lama beliau tidak mendapat perhatian.

Diharap beliau akan kembali bermain sekali lagi sebelum berfikir untuk bersara.

Baca juga artikel kami mengenai bola sepak Brazil:

Mengaku Bersalah, Ronaldinho Kini Bebas Untuk Kembali Ke Brazil

Skuad Piala Dunia 1982 Brazil, Itali Berganding Bahu Lawan COVID-19

COVID-19: Kelab Brazil Tawar Guna Stadium Dan Pusat Latihan Sebagai Tempat Rawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram