Joaquin Muncul Penjaring Hatrik Tertua La Liga, Bagaimana Dengan Rekod di Liga Eropah Lain?

Iklan

Kapten legenda Real Betis, Joaquin tidak menunjukkan sebarang tanda untuk bersara selepas mencatat hatrik pada umur 38 tahun dan 140 hari. Beliau meraih pencapaian itu ketika membantu pasukannya menumpaskan Athletic Bilbao 3-2 dalam saingan La Liga pada Ahad.

Pemain sayap itu membuka jaringan seawal minit kedua ketika berdepan pasukan yang mempunyai rekod bertahan terbaik di La Liga. Beliau selepas itu merembat masuk gol kedua pada minit ke-11 dan mencatat rekod itu sembilan minit kemudian.

Joaquin meleburkan reod milik Alfredo di Stefano yang telah bertahan selama 55 tahun. Bagaimanapun rekod penjaring tertua La Liga kekal milik pemain Brazil, Donato yang menjaringkan gol sewaktu berusia 40 tahun bersama kelab Deportivo la Coruna pada tahun 2002.

Selain, Joaquin, siapa pula pemain tertua yang mencatat hatrik di liga Eropah yang lain?

Ligue 1 – Tony Cascarino

Pemegang rekod penjaring hatrik tertua di liga Perancis adalah pemain Ireland, Tony Cascarino.

Pemain kelahiran Kent ini bermain untuk beberapa kelab Inggeris seperti Millwall, Aston Villa dan Chelsea sebelum membuat kejutan berpindah ke Perancis untuk menyertai Marseille.

Beliau mencatat rekod itu semasa usianya 37 tahun dan 31 hari bersama kelab Nancy.

Serie A – Silvio Piola

Bekas penyerang Lazio dan Juventus ini merupakan antara pemain terbaik dalam kancah bola sepak Itali.

Piola menikmati karier habatnya dari 1929 hingga 1952 di mana beliau mengumpul 273 daripada 547 perlawanan bersama beberapa kelab yang diwakilinya. Pencapaian terbaiknya adalah membantu Itali menjulang Piala Dunia 1938 di Perancis dan merupakan penjaring gol ketiga terbanyak buat pasukan negaranya.

Beliau mencatat rekod sebagai penjaring hatrik tertua di Serie A ketika berusia 37 tahun 51 hari.

Bundesliga – Claudio Pizarro

Pizarro menghabiskan hampir kesuluruhan kariernya di liga Jerman di mana beliau bermain untuk Werder Breman dan Bayern Munich dan telah memenangi enam kejuaraan Bundesliga, lima DFB-Pokal dan juga Liga Juara-Juara Eropah.

Penyerang antarabangsa Peru ini merupakan penjaring keenam terbanyak Bundesliga dengan 197 gol dalam 472 perlawanan selain mencatat 76 bantuan jaringan.

Kini ketika berusia 41 tahun, Pizarro masih bermain untuk Werder Bremen pada musim ini dan berpeluang untuk memecahkan rekodnya sebelum ini yang menjaringkan hatrik sewaktu umurnya 37 tahun dan 151 hari.

Liga Perdana Inggeris – Teddy Sheringham

Sheringham sangat dikenali sebagai sebahagian daripada skuad emas Manchester yang meraih kejuaraan ‘treble’ pada musim 1998/98.

Bekas penyerang England itu mencatatkan 147 gol daripada 418 perlawanan EPL sepanjang bersama Manchester United, Tottenham Hotspur, West Ham United dan Portsmouth.

Sheringham bermain bola sepak sehingga umurnya 42 tahun. Maka tidak hairanlah jika beliau mampu muncul pemain penjaring hatrik tertua ketika berusia 37 tahun 146 hari.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram