Joao Moutinho Bawa Haluan Ke England, Sertai Wolverhampton Wanderers

Moutinho

Pendatang baharu liga, Wolverhampton Wanderers terus memperkuatkan pasukan bagi menghadapi Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas merekrut pemain tengah antarabangsa Portugal, Joao Moutinho.

Moutinho salah seorang pemain yang membantu Portugal menjuarai Kejohanan Eropah 2016 di Perancis dan telah beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia serta mencatatkan 113 penampilan antarabangsa.

Direkrut dari AS Monaco dengan nilai  £5 juta, Moutinho telah memeterai kontrak selama dua tahun untuk berada di Molineux Stadium.

Mengulas mengenai pemergian Moutinho ke EPL, Naib Presiden AS Monaco dan juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab tersebut, Vadim Vasilyev mengucapkan terima kasih di atas sumbangannya selama lima tahun di Perancis.

”Sepanjang lima musim di Monaco, Joao Moutinho adalah pemain utama selepas kembalinya kelab ini.”

”Melalui persembahannya, dia telah menyumbangkan kepada keputusan yang luar biasa. Terima kasih di atas sifat profesional dan ketegasannya.”

”Dia membantu pemain muda kami dalam perkembangan mereka. Joao akan sentiasa dialu-alukan di Monaco.”

Moutinho bukanlah satu-satunya pemain dari Portugal yang bakal beraksi buat Wolves apabila kelab tersebut turut membawa masuk penjaga gol berpengalaman, Rui Patricio dan Ruben Neves yang sudah bersama pasukan sejak musim lalu.

Bahkan pengurus kelab, Nuno Espirito Santo juga merupakan dari negara yang begitu signifikan dengan Cristiano Ronaldo itu.

Foto: BBC

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN