Jimmy Floyd Hasselbaink Tidak Mahu Chelsea Terlalu Berharap Pada Eden Hazard

”Chelsea jangan terlalu berharap kepada Eden Hazard untuk berjaya pada musim ini.”

Itu mesej yang disampaikan bekas penyerang The Blues, Jimmy Floyd Hasselbaink yang memberikan amaran kepada kelab tersebut untuk tidak meletakkan harapan sepenuhnya kepada bintang Belgium itu.

Eden Hazard sememangnya memainkan peranan penting dalam membantu skuad Chelsea sejak menyertai kelab itu pada tahun 2012.

Ini jelas membuktikan kehadiran Hazard untuk The Blues telah berjaya membantu kelab itu meraih 5 trofi kejuaraan dalam tempoh 8 musim terakhir – 2 kali [2015,2017] gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA 2018, Piala Liga 2015 dan Piala Europa 2012/13. 

Jangan terlalu berharap 

Hasselbaink yang pernah memperkuatkan Chelsea sekitar tahun 2000-2004, mendapati Chelsea pada hari ini seakan-akan terlalu menjadikan Hazard sebagai pemain paling penting untuk memastikan pasukan itu memperolehi tiga mata berharga dalam setiap perlawanan.

Beliau menasihati bekas kelabnya itu agar tidak menjadi seperti Liverpool yang sebelum ini terlalu bersandarkan harapan kepada penyerang mereka, Mohamad Salah untuk memperoleh kejayaan pada musim lalu.

“Bagi saya, adalah satu hal yang sangat buruk bila anda menjadi sebuah pasukan yang hanya mengharapkan satu orang sahaja,” ujar Hasselbaink menerusi Goal .

“Hazard sangat bagus dan selalu luar biasa, tetapi bila anda melihat Liverpool di musim lalu, Salah mencetak banyak sekali gol dan mereka juga menjadi ‘one-man team’.”

“Mereka tidak memenangi apapun. Bila anda menjadi ‘one-man team’, anda tidak akan menjuarai apapun jadi yang lain juga harus mengigit jari,” lanjutnya.

Minta Hazard kekal

Bagaimanapun, Hasselbaink berkata, dirinya tidak rela melihat Hazard menyertai pasukan lain dan berharap pemain itu kekal bersama Chelsea untuk beberapa musim akan datang.

Hasselbaink juga meminta pengurusan Chelsea untuk terus berusaha mengikat serta memastikan pemain itu kekal berbakti di Stamford Bridge.

“Bila seseorang pemain ingin pergi, maka ia akan pergi. Dia sudah menjadi pemain kelab yang baik dan telah melakukan hal tepat bila ingin pergi,” lanjutnya.

“Mereka harus mendapatkan pemain bintang yang lain dengan tahap yang sama seperti Hazard, lalu menjadi sebuah pasukan yang kuat di England dan Eropah seperti yang cuba dilakukan Manchester City ketika ini,” tambahnya.

Musim 2018/19 ini, Hazard telah diturunkan sebanyak 11 kali oleh jurulatih, Maurizio Sarri dalam saingan EPL dan beliau telah berjaya mencipta tujuh gol dan empat bantuan gol.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN